Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Rezeki Single Nang, Iman Troye Kini Duta Pusat Ilmiah PTTI

Selain Iman, penyanyi rap yang juga ahli kumpulan K-Clique, MK juga merupakan duta bagi PTTI

by Khai Azfar
October 29, 2021
foto via budak.tadika

foto via budak.tadika

33
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun masih ‘hijau’ di dalam industri seni, namun Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye terus mekar mencipta nama.

Iman Tampil Dengan ‘Nang’

via budak.tadika

Meledak dengan lagu Teman yang disebut ramai akan menjadi finalis AJL36 kelak, Iman kini tampil dengan single terbaharu berjudul Nang. Serentak dengan itu seperti rezeki single ‘Nang’, Iman turut dilantik sebagai duta jenama popular dalam dunia pembelajaran, PTTI.

Kredibiliti Iman Sebagai Duta 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana. pemilihan Iman sebagai duta mereka kerana penyanyi ini mempunyai kredibiliti dan tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk skor dan sertai PTTI.

“Iman pun pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam. Saya dapat tahu, dia antara pelajar yang cemerlang dan mendapat sijil dekan.

“Dia memang boleh jadi inspirasi kepada pelajar lain. Malah Iman turut merakamkan lagu jingle 30 saat berjudul Pilih PTTI yang disadur daripada lagu popularnya, Teman,” katanya dalam sebuah kenyataan kepada Murai.my

Difahamkan, pada petang Rabu PTTI telah melancarkan  kempen 2 Juta Bangkit Belajar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Serentak dengan itu,turut diadakan simbolik pelancaran single Nang dari Iman.

Selain Iman, penyanyi rap yang juga ahli kumpulan K-Clique, MK juga merupakan duta bagi PTTI yang mengambil alih posisi selebriti verstail, Mira Filzah sebelum ini.

“Kita kali pertama menggunakan khidmat dan pengaruh Mira Filzah sebagai duta. Seterusnya sejak awal tahun ini, anggota K-Clique, MK pula mengambil alih posisi itu.

“Sejak September lalu, Iman turut dipelawa sebagai duta selama setahun. Jadi sekarang kita ada dua duta, MK dan Iman,” kata Cikgu Fana lagi

Untuk info, PTTI menyasarkan 2 juta pelajar akan diberi secara percuma untuk belajar dalam talian menerusi aplikasi pembelajaran, PTTI Better Result selama sebulan. Inisiatif ini terbuka kepada pelajar tingkatan 1 hingga lima.

Manakala buat peminat Iman, muzik video Nang boleh ditonton di Youtube XO House dan menerusi carian Murai.my video tersebut hampir mencecah 1 juta tontonan sejak dimuatnaik seminggu yang lalu.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Iman TroyePTTI
https://lomp.at/q1ksr
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem