Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Isu Sensitif Dalam Program TV, Pak Nil Kongsi Teknik Sesuai Sebagai Pengacara

Pak Nil berkata ilmu, pengetahuan dan pengalaman adalah kriteria yang penting

by Khai Azfar
October 29, 2021
62
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak beberapa minggu lalu, industri seni hangat membicarakan mengenai sebuah program bual bicara yang dikatakan tidak sensitif berikutan selebriti yang terlibat mendedahkan pengalamannya melakonkan adegan ranjang tidak lama dahulu.

Pak Nil Titip Nasihat

Susulan itu, media tempatan turut mendapatkan pandangan pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali ramai sebagai Pak Nil. Memetik perkongsian dari Utusan Malaysia, Pak Nil berkata ilmu, pengetahuan dan pengalaman adalah kriteria yang penting untuk menggalas sebagai pengacara sebuah program televisyen.

Provokasi Dalam Suasana Berhemah 

Tambahnya lagi ,dia begitu memahami akan tugas pengacara yang ada ketika perlu memprovokasi tetamu jemputan dalam membincangkan sesuatu topik, namun bagi selebriti verstail ini provokasi tersebut harus dilakukan dalam suasana berhemah dan bertanggungjawab.

“Saya memahami kadang-kadang keterujaan semasa mengacara, nak bercerita dengan seronoknya dalam sebuah program. Ada ketika, pengacara berdepan dengan situasi di mana tetamu susah untuk melontarkan suara. Maka, satu cara ialah, dengan melakukan teknik provokasi.

“Peranan itu adakala terpaksa dimainkan bagi membolehkan perbincangan itu menjadi hidup. Provokasi supaya tetamu jadi gembira, jadi marah, jadi kalut untuk memastikan dia bercakap. Tetapi harus dilakukan dengan bertanggungjawab, begitu juga tetamu jemputan itu sendiri.

“Bagaimanapun saya percaya, bahawa ilmu, pengetahuan dan pengalaman itulah yang mendewasakan pengacara itu,”katanya kepada portal akhbar tersebut.

Pak Nil Duta Eskayvie, Tampil Dengan Diffenz Junior

Dalam perkembangan lain, Pak Nil juga menggalas tanggungjawab sebagai duta bagi produk Eskayvie. Terbaru, syarikat peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan itu mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbaharu mereka Diffenz Junior, khas untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju endemik.

Untuk rekod, status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya. Memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak yang masih belum mendapat suntikan vaksin, antara objektif utama Diffenz Junior dihasilkan sebagai imun mereka. Diffenz Junior dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
datuk aznil hj nawawi
https://lomp.at/tyy5k
Share25Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem