Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Jangan Buli Anak Orang” – Azza Elite Sebak, Bapa Arwah Zulfarhan Maafkan Tertuduh

Selebriti ini nasihati mereka yang salah harus pergi meminta maaf

by Puteri Alia
November 3, 2021
Foto - Instagram @azzaelite

Foto - Instagram @azzaelite

52
KONGSIAN
Share on Facebook

Kes bunuh Allahyarham Zulfarhan Osman mendapat perhatian, penantian keluarga menuntut pembelaan dan keadilan anak tercinta akhirnya terbalas jua apabila mahkamah menjatuhkan hukuman keatas pesalah pada pagi Selasa.

Isu ini mendapat perhatian orang ramai termasuklah pelakon dan penyanyi, Azza Elite. Selebriti ini memuatnaik video di Instagram, di mana bapa Allahyarham memberitahu telah memaafkan perbuatan tertuduh terhadap arwah anaknya.

Sebak Dan Kagum Dengan Kesabaran Bapa Allahyarham

Melihat rakaman video tersebut membuatkan penyanyi kumpulan Elite ini berasa sebak dan juga kagum dengan bapa Allahyarham Zulfarhan kerana mempunyai kesabaran yang tinggi.

Azza yang mengikuti kisah Allahyarham ini menyifaktan dirinya pernah merasai akan kesakitan terkena wap semasa seterika baju, inikan pula arwah yang ditekap secara total dengan seterika panas.

Foto – Instagram @azzaelite

“Semoga dikurniakan kesabaran yang tinggi.. Yang salah pergi minta maaf.. Hebat abang ini..

Kak Za juga mengikuti kisah mereka. Akak terkena wap masa seterika baju pun sakit…. Ini kan pula ditekap.. Allah.

Jangan buli anak orang. Sebak sangat. Semua followers Kak Za, mari kita doa yang baik-baik mudah-mudahan kita sesabar ayah arwah bila diuji dengan ujian.

Kurniakanlah darjat tertinggi di sisi Allah di atas segala kesabaran orang tua nya Ya Rabb.. Jadikanlah pengajaran yang berguna. Semoga menjadi ikhtibar. #justice4farhan” Tulisnya

Netizen Turut Berdukacita

Seperti Azza, ramai rakyat Malaysia yang mengikuti kes tersebut meluahkan rasa sedih atas apa yang terjadi pada Allahyarham.

“Sedih.. Kita hantar anak kita elok dengan harapan boleh membina masa depan… Tapi kita terima dia dalam keadaan yang tak bernyawa..

Aku sebagai mak, memang terkesan sangat… Tak tahu lah boleh maafkan ke tidak kalau kena dekat tempat sendiri.. Mulianya hati ayah ibu Zulfarhan.. Moga ganjaran syurga buat semua.”

“Anak ibarat kain putih, ibubapa salah mencorakkan maka itulah cerminan ibubapa. Didiklah anak-anak dengan agama dan adab. Mudah-mudahan Allah ampunkan segala dosa-dosa arwah.” Komen warganet

Foto – Instagram @azzaelite

“Kita yang tak kenal ni pun berjuraian air mata tengok ayah arwah.. Ya Allah..”

“Semoga roh Zul tenang di sana, di sisi Maha Pencipta. Al-Fatihah”

“Semoga pakcik sekeluarga diberi ganjaran hebat suatu hari nanti.. Semoga arwah Zulfarhan ditempatkan dikalangan solihin.” Komen mereka lagi

Al-Fatihah semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan semoga ahli keluarga arwah kuat, sabar dan tabah menghadapi ujian Allah SWT.

Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran buat semua, dan para ibu bapa didiklah anak-anak dengan baik agar dewasa kelak menjadi insan yang berguna dan berjaya dunia akhirat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Netizen Persoal Ibadah Solat Azza Elite Ketika Persembahan Dengan "Make Up" Tebal, Ini Jawapan Azza!
azza eliteUPNMzulfarhan osman
https://lomp.at/faunx
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem