Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Bengkak Pada Wajah Masih Belum Surut, Jutawan Bakal Sara Hidup Anak Vanessa Angel

Keadaan Gala kini semakin baik namun bengkak pada wajahnya masih belum pulih sepenuhnya.

by Khai Azfar
November 8, 2021
562
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini industri hiburan Indonesia digemparkan dengan perkhabaran sedih mengenai dua selebriti yang juga pasangan suami isteri, Vanessa Angel dan Febri Andriansyah atau juga dikenali sebagai Bibi yang terlibat dalam nahas jalanraya sehingga mengorbankan nyawa mereka.

Bengkak Pada Wajah Gala Masih Belum Surut 

Ketika itu, anak mereka Gala Sky Andriansyah juga berada di dalam kereta itu bersama pembantu mereka. Bagaimanapun kedua-duanya dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Memetik laporan KapanLagi, keadaan Gala kini semakin baik namun bengkak pada wajahnya masih belum pulih sepenuhnya. Dikhabarkan, kelopak mata kanak-kanak itu turut dijahit.

“Bengkaknya agak parah jadi masih belum sembuh sehingga kini. Di kelopak matanya juga perlu dijahit sedikt. Menurut doktor, bengkaknya mampu hilang dan perlu menjalani rawatan. Semuanya memerlukan khidmat nasihat doktor” ujar Faisal yang merupakan bapa kepada Bibi

Jutawan Ingin Biayai Sara Hidup Gala 

Dalam perkembangan berkaitan, Faisal akui bahawa jutawan di Surabaya, Tom Liwafa ini membiayai sara hidup Gala sehingga dewasa. Menurut Faisal, dia berasa terharu kerana jutawan itu begitu baik sekali terhadap cucunya biarpun mereka saling tidak mengenali

“Dia sudah menghubungi dan akan menemui saya. Orangnya sangat baik. Berdasarkan apa yang saya dengar, dia merupakan individu yang mulia. Dia memberi perhatian kepada anak dan cucu saya meskipun kami tidak pernah mengenali” katanya lagi

Untuk rekod, Vanessa dan Bibi meninggal dunia di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada 4 November lalu.

Difahamkan, kemalangan berpunca daripada sikap lalai pemandu mereka. Jenazah mereka dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
anak selebritianak vanessa angelBibi AndriansyahVanessa Angel
https://lomp.at/emd6i
Share225Tweet141SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem