Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Punca Kemalangan! Ini 3 Pengakuan Pemandu Vanessa Angel & Bibi Andriansyah Ketika Nahas Berlaku

Joddy telah menjadi saksi dan memberikan beberapa pengakuan kepada pihak polis.

by Naddy Joe
November 9, 2021
344
KONGSIAN
Share on Facebook

Insiden kemalangan jalanraya yang menyebabkan kematian dua selebriti yang juga pasangan suami isteri, Vanessa Angel dan Febri Andriansyah atau lebih dikenali sebagai Bibi masih berada dalam siasatan pihak polis.

Antara yang terselamat dalam kemalangan tersebut adalah pemandu kereta mereka, Tubagus Joddy, anak lelaki pasangan itu iaitu Gala Sky, dan pengasuhnya dikenali sebagai Siska.

Memetik laporan Kompas, Joddy telah menjadi saksi dan memberikan beberapa pengakuan kepada pihak polis.

Memandu Terlalu Laju

Menurut Joddy, dia akui telah memandu kenderaan tersebut dengan melebihi had laju. Dianggarkan lelaki itu memandu  pada kelajuan 120 kilometer sejam.

Tidak Beri Tumpuan

Bukan sahaja memandu terlalu laju , Joddy turut mengakui bahawa dia tidak memberikan tumpuan ketika memandu sekaligus menyebabkannya hilang kawalan dan mencetuskan kemalangan.

“Ketika dia ditanya secara lisan, dia mengakui bahawa dia tidak memberikan tumpuan, kelajuannya juga agak tinggi. Itu yang disampaikannya, tetapi kami bergantung pada keputusan pemeriksaan pada Joddy nanti.”- ujar pihak polis dalam sebuah kenyataan

Guna Telefon Bimbit Sewaktu Memandu

Selain itu, mengesahkan spekulasi  orang ramai, Joddy juga mendedahkan dia sempat menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Ya, dia berkata begitu sewaktu disoal siasat.”- ujar pihak polis lagi

Bapa Bibi Mahu Hukuman Setimpal 

Dalam perkembangan berkaitan, bapa kepada Bibi yang dikenali sebagai Faisal memberitahu keluarganya meminta agar undang-undang dapat dikuatkuasakan sekiranya pemandu tersebut dianggap cuai sehingga menyebabkan kematian anak dan menantunya.

“Ya, pemandu ini kerja dengan anak kami, dan jika berlaku kecuaian pada dia, kami hanya meminta undang-undang dapat dikuatkuasakan, jadi tanggungjawabnya sama seperti undang-undang.”-Kata Faisal

Sehingga kini, Joddy yang disyaki sebagai suspek punca kemalangan tersebut masih berada di bawah siasatan pihak polis.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Bibi Andriansyahtubagus joddyVanessa Angel
https://lomp.at/sz06d
Share138Tweet86SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem