Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Tak Boleh Dihentikan YB”-Iesya Toh Kecewa Nazri Aziz Cadang Mansuh Hukuman Gantung Pada Pengedar Dadah

Dia berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci terhadap kes dadah.

by Naddy Joe
November 11, 2021
82
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengacara, Iesya Toh meluahkan rasa kecewa apa mendapat berita mengenai ahli parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz  memohon pada Parlimen agar hukuman gantung terhadap pesalah pengedar dadah dimansuhkan.

Kecewa Dengan Cadangan Ahli Parlimen Padang Rengas

Menerusi posting yang dikongsi di Instagram, Iesya berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci terhadap kes dadah.

“Kecewa dengar tadi. Tak boleh dihentikan YB, cuma berharap pihak berkuasa jalan siasatan terperinci kes dadah ni.”-luah Iesya

Tambahnya lagi, dia turut memberikan contoh kes ibu tunggal yang mempunyai 9 orang anak dituduh menjadi keldai dadah dan memberitahu bahawa pengedar sebenar yang harus dikenakan hukuman gantung.

“Contoh macam ibu tunggal 9 anak baru-baru ni, kita semua yakin ibu itu hanyalah ‘keldai’..perlu siasat siapa PENGEDAR sebenar. Dia la patut hukuman gantung.”- tegasnya

Persoal Siapa Yang Melindungi Pengedar Dadah Sebenar

Pengacara dan pelakon berusia 37 tahun ini turut mempersoalkan pengedar dadah yang sebenar sentiasa terlepas dari kesalahan dan siapakah yang telah melindungi mereka.

“Kenapa PENGEDAR SEBENAR SELALU LEPAS? SIAPA LINDUNGI MEREKA?

Dadah salah satu pemusnah anak bangsa. Dan diharapkan PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH juga menerika hukuman yang sama. Gantung sampai mati!! Titik!”- katanya lagi

Nazri Cadang Mansuh Hukuman Mati Bagi Kesalahan Dadah

via THE STAR

Dipetik dari laporan Astro Awani, Nazri telah mencadangkan kepada Dewan Rakyat untuk memansuhkan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah.

Beliau turut memberitahu setakat Ogos tahun lalu, terdapat seramai 446 warga asing dan 472 rakyat Malaysia sedang menanti pelaksanaan hukuman gantung sampai mati.

“Ada 12 kesalahan yang boleh dihukum mati, namun saya minta di sini hanya mansuhkan hukuman mati berkaitan dadah sahaja.

Selalunya mereka yang terlibat ini adalah keldai yang selalunya datang dari keluarga yang susah, kurang berpendidikan atau orang kampung yang tidak mendapat apa-apa keuntungan, hanya kerana mereka jadi keldai dadah mereka digantung.”-Kata Nazri

Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju jika hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah dimansuhkan?

datuk seri nazri aziziesya toh
https://lomp.at/zxitf
Share33Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem