Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Suami Fail Nusyuz & Kembali Taat Setia, Nynaa Harizal Diberi Tempoh 7 Hari

Tujuannya adalah untuk menjernihkan kembali rumah tangga mereka

by Khai Azfar
November 12, 2021
Share on Facebook

Lagi berita mengenai pelakon Nynaa Harizal. Pada petang Khamis, suami kepada Nynaa, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, telah memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bawa Kes Ke Mahkamah 

Permohonan itu telah difailkan Fahmi terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal ,25, selaku defendan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noriah Zakaria.

Fahmi Sedia Maafkan Nynaa 

Memetik laporan media tempatan, Fahmi yang diwakili Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjelaskan tujuannya adalah untuk menjernihkan kembali rumah tangga mereka.Susulan itu, mahkamah menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Dalam pada itu, Fahmi bersedia menerima dan memaafkan isterinya.

“I love you sayang (saya cintakan awak). Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa). Awak boleh hubungi saya bila-bila masa…saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Murai.my melaporkan bapa kepada Nynaa,Harizal Hashim,49 mengaku tidak bersalah atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu. Harizal sebelum itu dikatakan telah ‘menculik’ anaknya serta mengacukan sepucuk pistol kepada pengawal peribadi Nynaa. Pengakuan itu dibuat di Mahkamah Majistret juga pada Khamis.

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember untuk sebutan semula kes.

Nynaa Harizal
https://lomp.at/62lds
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Razzi Bersuara Isu ‘Lelaki Jangan Miskin’, Norreen Iman Beri Respon!-“Terlajak Perahu Boleh Undur, Terlajak Post..”

by Naddy Joe
May 5, 2026

Suami kepada personaliti media sosial dan pelakon, Noreen Iman iaitu Razzi Razak tampil memberi penjelasan selepas video yang dimuatnaik sebelum...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Adira Suhaimi Kongsi Momen Backstage TTMM2, Kehadiran Jejaka Istimewa Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 29, 2026

Penyanyi, Adira Suhaimi mencuri perhatian selepas berkongsi momen backstage program realiti Talk To My Manager  2 yang disertai anak perempuannya,...

Read moreDetails
Gossip

“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

by Naddy Joe
April 28, 2026

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara