Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Suami Fail Nusyuz & Kembali Taat Setia, Nynaa Harizal Diberi Tempoh 7 Hari

Tujuannya adalah untuk menjernihkan kembali rumah tangga mereka

by Khai Azfar
November 12, 2021
Share on Facebook

Lagi berita mengenai pelakon Nynaa Harizal. Pada petang Khamis, suami kepada Nynaa, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, telah memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bawa Kes Ke Mahkamah 

Permohonan itu telah difailkan Fahmi terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal ,25, selaku defendan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noriah Zakaria.

Fahmi Sedia Maafkan Nynaa 

Memetik laporan media tempatan, Fahmi yang diwakili Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjelaskan tujuannya adalah untuk menjernihkan kembali rumah tangga mereka.Susulan itu, mahkamah menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Dalam pada itu, Fahmi bersedia menerima dan memaafkan isterinya.

“I love you sayang (saya cintakan awak). Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa). Awak boleh hubungi saya bila-bila masa…saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Murai.my melaporkan bapa kepada Nynaa,Harizal Hashim,49 mengaku tidak bersalah atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu. Harizal sebelum itu dikatakan telah ‘menculik’ anaknya serta mengacukan sepucuk pistol kepada pengawal peribadi Nynaa. Pengakuan itu dibuat di Mahkamah Majistret juga pada Khamis.

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember untuk sebutan semula kes.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Nynaa Harizal
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara