Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

GV8 : Adibah Noor Akui Nikki Palikat & Suki Bakal Jadi Pesaing Hebat

"Nikki dan Suki antara yang mempunyai kualiti vokal sangat hebat" kata Adibah 

by Khai Azfar
November 12, 2021
Share on Facebook

Para peminat meluahkan rasa teruja apabila melihat 13 peserta Gegar Vaganza musim ke lapan (GV8) telah diumumkan secara rasmi pada Rabu lalu. Selain itu, mereka turut terkejut apabila terdapat ramai nama popular dan penyanyi yang hebat turut sertai musim kali ini.

Adibah Noor Curi Perhatian 

Antaranya adalah penyanyi Adibah Noor yang mencuri perhatian dengan penyertaannya. Manakan tidak, pelantun Terlalu Istimewa ini merupakan antara mereka yang memiliki vokal memukau dan berada dalam kelompok penyanyi terbaik Malaysia.

Tidak hairan jika peminat sudah membuat ramalan awal dengan mengandaikan bahawa Adibah bakal mara ke pentas akhir kelak biarpun GV8 masih belum bermula. Menurut Adibah ketika ditemui Murai.my,dia berasa terharu dengan komen-komen positif daripada peminat malah sebagai seorang peserta dia akui menyimpan hasrat untuk menang setiap kali memasuki pertandingan termasuklah bagi program realiti ini.

Kagum Dengan Suki & Nikki Palikat 

Dedah Adibah lagi, dia juga tidak mengetahui siapakah rakan-rakan peserta yang lain kerana kesemua mereka tidak diberitahu oleh pihak produksi sehingga tibanya majlis sidang media diadakan. Malah, dia juga kagum dengan barisan peserta kali ini kerana kesemua mereka mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri terutamanya Suki dan Nikki Palikat yang akan memberi saingan hebat.

“Saya pejam mata dan bayangkan antara tangan yang saya pegang dipentas akhir ialah Nikki Palikat, ala Miss World macam tu.

“Nikki dan Suki antara yang mempunyai kualiti vokal sangat hebat,” kata Adibah

Selain Adibah, Nikki Palikat dan Suki, peserta lain yang bakal bersaing dalam GV8 bermula 21 November ini ialah Bandi Amuk, Datuk Fazley Yaakob, Ani Mayuni, Azan Scan, Aweera serta Shidee.

Turut bertanding Kumpulan Nico, Senario serta Alif Aziz dan Upiak Isil masing-masing mewakili Singapura dan Indonesia. Juri tetap menyaksikan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang masih kekal ditambah seorang lagi iaitu Datuk Syafinaz Selamat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adibah noorGegar Vaganza 2021Gegar Vaganza 8Nikki Palikatsuki
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara