Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

MK K-Clique Terus Cipta Nama,Lagu Terbaru Jadi Runut Bunyi Permainan PUBG

Buat para peminat, mereka turut boleh memilih 'avatar' MK untuk bermain di dalam PUBG.

by Khai Azfar
November 15, 2021
Share on Facebook

Penyanyi rap terkenal, Muhammad Hairi Amin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK terus mencipta nama dan rekod peribadi di dalam industri seni.

Lagu Dan ‘Avatar’ MK Dalam PUBG

Selepas dilantik menjadi duta kepada PUBG, single terbaharu ahli kumpulan K-Clique ini yang berjudul Sapu Rata telah ditampilkan sebagai runut bunyi permainan atas talian popular tersebut. Buat para peminat, mereka turut boleh memilih ‘avatar’ MK untuk bermain di dalam PUBG.

Menariknya mengenai Sapu Rata, MK bukan sahaja berkolaborasi bersama Wolfy, malah muzik video nya yang bertemakan PUBG turut menampilkan pemain PUBG popular tanah air. Mereka terdiri daripada HB Daddyhood, AC Soloz, R2K XK Penjahat, R2K Agusrianzz, SMG Ziso, HB Nukk dan Evos Yakuza.

Sedia Bawa Sapu Rata 

Menurut MK, meskipun lagu yang ditulisnya ini bersama SaintDNL ditampilkan di dalam sebuah permainan, namun dia selesa dan bersedia untuk menyanyikan Sapu Rata secara langsung di mana-mana acara persembahan.

“Saya selesa untuk bawakan lagu ini dalam persembahan saya. Kalau saya tak selesa mana mungkin saya bersetuju untuk buat kolaborasi ini bersama PUBG” kata MK pada Murai.my

MK ditemui Murai.my pada petang Jumaat bersempena majlis pelancaran single dan muzik video Sapu Rata di Petaling Jaya Performance Art Centre (PJPAC), Bandar Utama. Difahamkan, MK akan berkolaborasi bersama PUBG lagi untuk beberapa projek lain akan datang.  Lagu ini boleh distrim di semua platform digital Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox, Deezer, dan iTunes.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
mk k-cliquePUBG
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  4. 4

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

  5. 5

    Zakat Selangor Bidas Netizen Isu Azlan The Proton-Type- “Tahu Nak Buat Engagement, Tapi Biar Kena Cara’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara