Saturday, June 25, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Shuib Akui Sering Menangis Terkenangkan Siti Sarah

Shuib juga mendedahkan masih belum pernah mimpikan arwah isterinya

by Khai Azfar
November 17, 2021
Shuib Akui Sering Menangis Terkenangkan Siti Sarah
Share on Facebook

Semalam (16 Oktober 2021) genap 100 hari pemergian penyanyi popular, Allahyarhamah Siti Sarah yang juga merupakan isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib.

Adakan Majlis Tahlil & Aqiqah Anak 

Di kesempatan itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad,37 bukan sahaja telah mengadakan majlis tahlil buat Sarah malah turut melangsungkan majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempatnya, Ayash Affan, 3 bulan yang diadakan di dewan tempat tinggal mereka.

Menurut Shuib, sejak kehilangan isteri tercinta pada 9 Ogos lalu, dia akui emosinya sering terganggu malah adakalanya sering menangis apabila teringatkan figura istimewa itu.

“Hari ini genap 100 hari pemergian isteri. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh ‘move on’ dan senang menangis apabila teringat dia.

“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini. Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya seperti dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” kata Shuib kepada media

IKLAN

Shuib Hilang Selera Makan 

Dalam masa sama, Shuib juga mendedahkan masih belum pernah mimpikan arwah isterinya dan dalam masa yang sama hilang selera makan sejak pemergian Allahyarhamah.

“Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada saja. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Menang sedihlah.

“Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi,”

“Ya saya kurang makan sebab tak lalu. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak. Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar ja. Itu yang badan susut sikit,” katanya.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat serta para media.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: shuibsiti sarah
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Iqbal Zulkifli Boleh Menangis Setiap Kali Di Tanya Pasal Jodoh, Kenapa?
Lokal

Iqbal Zulkifli Boleh Menangis Setiap Kali Di Tanya Pasal Jodoh, Kenapa?

by Hakim Faz
June 24, 2022

Nama Ahmad Iqbal Zulkifli bukan lagi asing di dalam kalangan netizen kerana selalu terjerut dengan pelbagai isu dan kontroversi. Antara...

Read more
Disoal Peminat Adakah Sudah Berbaik Dengan Sharnaaz Ahmad, Ini Respon Shila Amzah!
Gossip

Disoal Peminat Adakah Sudah Berbaik Dengan Sharnaaz Ahmad, Ini Respon Shila Amzah!

by Naddy Joe
June 24, 2022

Penyanyi, Shila Amzah tampil menjawab soalan peminat mengenai hubungannya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question...

Read more
Tak Sangka! Rupanya Fazley Yaakob Bersekolah di Pelbagai Negara Termasuk Los Angeles
Gossip

Tak Sangka! Rupanya Fazley Yaakob Bersekolah di Pelbagai Negara Termasuk Los Angeles

by Naddy Joe
June 24, 2022

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob membuat perkongsian mengimbas kembali zaman persekolahannya dahulu. Kongsi Foto Ketika Berumur 13 Tahun...

Read more
“Anda Semua Memang Luar Biasa!”- Aznil Nawawi Titip Rasa Syukur Orang Ramai Beri Sumbangan Buat Zamani
Gossip

“Anda Semua Memang Luar Biasa!”- Aznil Nawawi Titip Rasa Syukur Orang Ramai Beri Sumbangan Buat Zamani

by Naddy Joe
June 24, 2022

Baru-baru ini selebriti dan pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi telah membuka akaun peribadinya untuk mengumpul dana orang ramai bagi...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  3. 3

    “Aku Tak Menyorok La Sia*!”- Syamsul Yusof Tegur Portal Berita Terkenal

  4. 4

    “Dapat 1 Bulan Naik MRT/ LRT Free Pun Korang Memekak”- Nedim Nazri Teruk Dikecam Netizen?

  5. 5

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera