Sunday, January 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Ayash Affan Sudah Pulang Ke Rumah, Shuib Anggap Sebagai Hadiah Hari Lahir Arwah Siti Sarah

Ayash Affan akhirnya sudah dibawa pulang dari hospital selepas lebih dari sebulan dirawat di hospital

by Khai Azfar
September 15, 2021
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu berkongsi khabar gembira buat keluarga dan peminat apabila anak bongsunya, Ayash Affan akhirnya sudah dibawa pulang dari hospital selepas lebih dari sebulan dirawat di hospital berikutan lahir secara pramatang.

Perasaan Bercampur Baur Tanpa Sarah Di Sisi

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Bagaimanapun, ujar pemilik nama sebenar Shahmira bin Muhamad,37 ini dia akui mempunyai perasaan yang bercampur baur apabila dapat membawa pulang Ayash ke rumah tanpa arwah isterinya di sisi, Allahyarhamah Siti Sarah.

“Terasa janggal, dulu balik hospital bertiga tetapi hari ini pulang berdua.

“Insya-Allah, Alah SWT maha mengetahui segala-galanya. Uwais, Talita dan Martin, Daddy sudah dalam perjalanan pulang,” tulis Shuib di laman Instastory selain berkongsi foto dirinya memangku Ayash

Pengganti Hadiah Hari Lahir Sarah

Dalam hantaran susulan,Shuib turut menyifatkan kepulangan Ayash sebagai pengganti hadiah hari lahir arwah Sarah pada hari ini (15 Septembe 2021). Malah Shuib turut berkata tangan dan jari anak bongsunya itu seperti sama sifatnya dengan isteri tercinta.

“Syukur Ya Allah. Esok hari jadi ibu (15 September). Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini

“Allahuakbar. Tangan, jari sebijik tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini. Terima kasih semua. Syukur ya Allah atas rahmat-Mu,” tulisnya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Namun begitu, Shuib masih belum berkongsi wajah bayi comel itu dan dipercayai akan berbuat demikian tidak lama lagi. Di kesempatan itu,Shuib juga berkongsi video detik pertemuan bapa mertuanya, Raissuddin Hamzah serta tiga lagi anaknya dengan Ayash di laman YouTube.

Untuk info, Ayash selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan pada 6 Ogos lalu sebelum disusuli dengan pemergian penyanyi popular itu pada 9 Ogos 2021. Hasil perkahwinan Shuib dan Sarah, mereka turut mempunyai tiga lagi cahaya mata Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

M

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: anak selebritiAyash AffanShuib Sepahtu
Share10Tweet6SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics
Lokal

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics

by Aphit J.
January 28, 2023
Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival
Lokal

Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival

by Aphit J.
January 28, 2023
Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’
Gossip

Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’

by Naddy Joe
January 27, 2023
Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”
Gossip

Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”

by Naddy Joe
January 27, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  5. 5

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan