Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Jangan Risau Kahwin Lambat Atau Dapat Anak Lambat” – Adam Corrie

Pelakon ini turut menjadikan kisah peribadinya sebagai contoh

by Puteri Alia
November 26, 2021
Foto - Instagram @adamcorrielee

Foto - Instagram @adamcorrielee

94
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan pendakwah tanah air, Adam Corrie menitipkan pesanan mengenai mereka yang masih mencari pasangan dan pasangan suami isteri yang belum mendapat cahaya mata.

Tidak Perlu Bimbang Dapat Jodoh Atau Anak Lambat

Menerusi Instagram, Adam memuatnaik gambar bersama anak lelakinya sambil memberi kapsyen yang penuh dengan kata-kata motivasi . Dalam masa yang sama, pelakon ini turut menjadikan kisah peribadinya sebagai contoh.

Foto – Instagram @adamcorrielee

“Jangan risau kahwin lambat atau dapat anak lambat.

Saya dapat bertemu jodoh ketika usia 40 tahun. Dapat zuriat ketika usia 50 tahun.

Tak ada jodoh bukannya kita tak boleh bahagia. Boleh berbakti kepada keluarga dan masyarakat.

Ada anak pun rezeki, tiada anak pun rezeki.

Bahagia itu ada pada diri kita kalau kita terus bersyukur apa yang kita ada…

Pedulikan apa orang kata. Kita hanya manusia, hanya mampu berusaha, berdoa kepadaNya. Selebihnya kita tawakal kepada Allah.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik

InsyaAllah hati tenang” Luahnya

Netizen Setuju Dengan Pandangan Adam 

Perkongsian dari Adam itu telah menarik perhatian orang ramai, terutama buat mereka yang masih belum menemui pasangan dan yang masih menantikan cahaya mata. Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan apa yang dikongsi oleh Adam di Instagram nya.

Foto – Instagram @adamcorrielee

“Terima kasih tuan.”

“Moga abang Adam sentiasa dalam kebahagiaan InsyaAllah.. Ameen.”

“Setuju. Rezeki ALLAH SWT tidak datang awal. Tidak juga lewat. Rezeki ALLAH SWT itu selalu datang  tepat pada waktunya.”

“Nasihat yang sangat diperlukan ketika ini.”

“Suka ayat abang ni.. Sejuk hati baca.. Positif.”

“Setuju sangat-sangat”

“Jawapan yang padu..”

“Comel dan terbaik.”

“Betul.”

“Ya… Semua tu rezeki..” Komen warganet

adam corrie lee
https://lomp.at/1uqid
Share38Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem