Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Bila Dia Dapat GV, Saya Orang Paling Gembira” – Ani Maiyuni Sebak Kongsi Kenangan Bersama Maya Matahari

Menurut Ani, hubungannya dengan Maya terlalu rapat

by Khai Azfar
December 6, 2021
Share on Facebook

Penyanyi Ani Maiyuni gagal menahan perasaan sebak apabila berkongsi kenangan bersama rakannya yang juga peserta Gegar Vaganza 5 (GV5), Allahyarhamah Mya Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari.

‘Enggan’ Dianggap Rakan  

Menurut Ani, hubungannya dengan Maya terlalu rapat sehingga enggan dianggap sebagai rakan kerana menyifatkan pelantun Matahari itu sebagai ahli keluarganya sendiri.

“Dia bukan kawan dia macam keluarga. Dia panggil saya bukan Ani Maiyuni tau tapi Anne. Maya datang KL duduk dengan nenek yang ada kaitan dengan suami saya.

“Jadi sebelum saya kenal dengan suami saya, saya memang rapat dengan Maya. macam mana saya rapat dengan Ieda Moin macam itulah saya rapat dengan Maya. Kami ini macam keluarga sebenarnya. Saya tak boleh bercerita pasal dia sebab terlalu sedih” kata Ani kepada Murai.my

Maya Seorang Yang Kuat 

Tambah Ani lagi, Maya merupakan seorang figura yang cukup positif dan kuat semangat. Bahkan, ketika Allahyarmah sakit dia tidak menceritakan perihal tersebut secara terperinci kepada rakan-rakannya kerana enggan melihat mereka bersedih dan rasa simpati.

“Dia orang yang sangat positif dia tak nak kawan-kawan dia rasa kesian . bila dapat tahu dia meninggal,Ieda call saya cakap dia dah tak ada. ieda boleh pergi tapi saya tak boleh pergi, tak kuat. Kami dari rakan selebriti yang sama sama dulu aktif bola jaring dan tiba-tiba dia berhenti sebab dia sakit. Dia bagi alasan ada masalah lutut dan sebagainya sebab nak tutup penyakit sebenarnya” jelas Ani lagi

Sanggup Tolak Tawaran Lain 

Berkongsi kenangan Maya di saat mendapat tawaran menyertai GV beberapa tahun lalu, Ani berkata Allahyarham begitu mengharapkan peluang untuk sertainya sehingga sanggup menolak tawaran lain. Sebagai individu yang rapat dengannya, Ani gembira atas perkhabaran tersebut kerana impian Maya akhirnya direalisasikan

“Mana kawan-kawan saya yang rapat semua panggil anne. Yang panggil saya anne dia bukan kawan tapi adalah keluarga. Sebelum dia dapat GV dia pernah cakap nak masuk GV tapi tak ada rezeki lagi, dia sanggup tolak tawaran lain untuk masuk. Bila dia dapat GV, saya adalah orang yang paling gembira sebab dia terlalu berharap untuk masuk. Sebelum dia pejam mata, dia dah dapat merasa apa yang dia nak .

“Kami jarang post yang cakap kami ini rapat. saya tak macam orang lain yang pandai kongsi di media sosial dan kongsikan kronologi persahabatan dan sebagainya. Tetapi kami tahu sentiasa ada diantara satu sama lain.

“Saya paling rindu bila duduk dengan dia dan berkongsi mengenai keluarga masing-masing. Kami sangat rapat, pernah ada acara persembahan bersama-sama. Duduk bersama-sama, bertepuk tampar macam adik beradik. Dia orang yang sangat positf dan beri semangat. Masa dia meninggal, saya tak dapat pergi nanti meraung menangis lagi teruk. Ceritakan pasal ini pun saya dah terlalu sedih bayangkan pula ketika itu ‘nampak’ dia” kata Ani lagi sambil menyeka air mata

Dalam perkembangan berkaitan, persembahan Ani dalam konsert minggu ketiga GV8 mendapat pujian ramai setelah mendedangkan lagu Hadirlah Kekasih nyanyian asal Datuk Nora Ariffin. Ani yang memperoleh markah 58.1% berada di kedudukan kesepuluh ‘dibelakang’ Shidee yang mendapat 58.3%  markah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ani Maiyunimaya matahari
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara