Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Orang Ramai Menyakitinya Dengan Sengaja”-Adibah Noor Kagum Cara Dato’ Fazley Balas Komen ‘Haters’

Adibah Noor berpendapat Datuk Fazley telah mengubah setiap kebencian yang diberikan terhadap menjadi aura positif.

by Naddy Joe
December 10, 2021
Share on Facebook

Pelakon, penyanyi, dan pengacara Adibah Noor meluahkan rasa kagum terhadap cara chef selebriti Dato’ Fazley Yaakob membalas komen yang berunsur kebencian terhadapnya.

Dato’ Fazley Mengubah Komen Haters Menjadi Aura Positif

Menerusi laman Twittter, Adibah Noor berpendapat Dato’ Fazley telah mengubah setiap kebencian yang diberikan terhadap menjadi aura positif.

“Saya kagum dengan caranya @FazleyYaakob membalas komen kebencian dan mengubahnya menjadi aura positif.”-Adibah Noor

Tambahnya lagi, Adibah Noor memberitahu bahawa orang ramai menyakiti Dato’ Fazley dengan sengaja tanpa mengenali dirinya yang sebenar dan akui tidak mampu hadapinya seperti pelantun lagu Asmara Ini lakukan.

“Orang ramai menyakitinya dengan sengaja tanpa mengenalinya, dan tiba-tiba..semuanya atas nama ‘sporting’.

Saya tak pernah boleh buat apa yang awak buat abang. Much respect.”-Adibah Noor

View this post on Instagram

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Dato’ Fazley Titip Ucapan Terima Kasih

Dato’ Fazley kemudian meninggalkan komen di tweet Adibah Noor dengan ucapan terima kasih terhadap kata-kata sokongan yang diberikan dan akui Adibah Noor sentiasa menjadi idolanya.

“Wow, Kak Dib..terima kasih banyak di atas kata-kata yang baik dan sokongan. Anda sentiasa menggalak dan positifkan diri anda. Anda akan sentiasa menjadi idola saya dan alasan untuk melakukan dengan lebih baik setiap hari”-Dato’ Fazley Yaakob

Terdahulu, Dato’ Fazley teruk dikritik di media sosial disebabkan persembahan yang tidak memuaskan sehingga mendapat markah terendah pada konsert pertama Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Dia turut memberikan permohonan maaf kepada peminat dan akui tidak dapat memuaskan hati peminat biarpun sudah membuat persediaan untuk persembahan tersebut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adibah noorDatuk Fazley
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara