10 Fakta Menarik Tentang Andrew Garfield

Bukan sahaja berbakat dan sangat popular malah figura ini juga seorang yang sangat segak, tampan, bergaya dan baik hati orangnya!

222
KONGSIAN

Andrew Garfield  merupakan salah seorang bintang dalam filem The Amazing Spider-Man dan The Amazing Spider-Man 2.

Dek kerana filem tersebut, nama Andrew Garfield mula dikenali dan terus melonjak naik. Berikut kami akan kongsikan dengan pembaca beberapa fakta menarik tentang Andrew Garfield yang dapat kami ringkaskan dari pelbagai sumber.

1. Andrew Garfield Mempunyai Abang Yang Merupakan Seorang Doktor. 

via Pinterest

Siapa sangka disebalik kesungguhannya melakonkan watak sebagai Spider-Man ataupun Peter Parker, ternyata Andrew Garfield mempunyai seorang abang yang bekerja sebagai doktor. Ternyata Garfield adalah dari latar belakang keluarga yang sangat pintar.

2. Andrew Garfield Adalah Ulat Buku

via Pinterest

Andrew Garfield pernah mendedahkan bahawa rutin hariannya adalah dengan membaca dan mentelaah buku dan bukannya sejenis yang suka bermain atau membeli-belah.

3. Andrew Garfield Ingin Menukar Agama

via Pinterest

Andrew Garfield ingin menukar agamanya dari Kristian Protestan kepada Kristian Katolik. Niat itu muncul setelah dia memainkan peranan dalam filem Missionaries. Sejak itu, banyak inspirasi yang datang kepadanya.

4. Spider-Man Memang Selayaknya Dilakonkan Oleh Andrew Garfield

via Pinterest

Pada tahun 2012, Andrew Garfield telah membintangi filem The Amazing Spider-Man versi Marc Webb sebagai Peter Parker yang menggunakan web shooter dan Emma Stone sebagai Gwen Stacy.

Andrew mengatakan bahawa dia menangis air mata kegembiraan apabila dia memakai kostum Spider-Man buat kali pertamanya.

Pengarah tersebut pernah memuji lakonan Andrew Garfield yang difikirkannya sebagai lakonan yang sangat menakjubkan. Menurut pengarah tersebut juga, Andrew mendedikasikan dirinya untuk berlatih bagi membawa peranan yang baik sepanjang hari.

5. Andrew Garfield Adalah Pemangku Alumni Sekolah

via Pinterest

Andrew Garfield atau nama sebenarnya Andrew Russel Garfield yang dilahirkan pada 20 Ogos 1983 di Los Angeles, California dan dibesarkan di England. Dia yang merupakan seorang alumni Royal Central School Speech And Drama dan berketurunan Bristish-Amerika.

6. Andrew Garfield Gemar Bermain Skateboard

via popculturebrain.com

Andrew Garfield merupakan seorang peminat tegar skateboard! Dia telah menjadi skateboarder selama bertahun-tahun dan dia juga mampu meyakinkan pengarah The Amazing Spider-Man iaitu Marc Webb untuk mempunyai skateboard Peter dalam filem.

7. Filem Pertama Lakonan Andrew Garfield

via Pinterest

Filem pertama lakonan Andrew Garfield adalah Lions for Lambs (2007) yang diarahkan oleh Robert Redford. Dalam filem tersebut, dia yang membawakan watak sebagai seorang mahasiswa yang bernama Todd Hayes. Gandingan hebat bersama pelakon Tom Cruise, Meryl Streep dan Robert Redford sendiri.

8. Andrew Garfield Sangat Sukakan Kanak-Kanak

via Pinterest

Andrew Garfield memiliki sifat kasih dan sayang terhadap kanak-kanak! Ini terbukti apabila dia didekati oleh seorang wanita bersama bayinya semasa di set Spider-Man, Andrew segera mendukung dan bermain dengan bayi tersebut. Sweet kan?

9. Pernah Menjalinkan Hubungan Dengan Pelakon, Emma Stone

via Pinterest

Andrew Garfield dan Emma Stone merupakan pasangan selebriti yang sangat disukai ramai. Mereka kelihatan sangat serasi sehingga membuatkan ramai yang cemburu dengan pasangan ini.

Namun, pasangan selebriti ini akhirnya telah mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara waktu kerana kedua-duanya sibuk dengan urusan masing-masing.

Walaupun mereka telah berpisah, namun hubungan mereka masih baik sebagai sahabat dan Andrew masih mengambil berat dan menyokong bekas kekasihnya itu.

10. Filem Terbaru Andrew Garfield

via Pinterest

Filem terbaru lakonan Andrew Garfield yang berjudul Tick, Tick…Boom! yang baru sahaja dikeluarkan pada  November baru-baru ini. Filem ini diarahkan oleh Lin-Manuel Miranda iaitu sebuah filem muzikal yang diadaptasikan dari muzik Off-Broadway yang mengisahkan tentang kehidupan dan impian Jonathan Larson yang ingin menjadi seorang komposer yang terkenal.

Andrew Garfield adalah pelakon utama yang membawakan watak sebagai penulis drama dan komposer Jonathan Larson.

Filem ini juga dilakonkan bersama bintang hebat yang lain seperti Alexandra Shipp, Robin De Jesus, Joshua Henry, Judith Light dan Vanessa Hudgens.

Sebagai info tambahan, Andrew mengatakan dia tidak pernah google namanya sendiri di internet dan menasihatkan peminatnya agar tidak melakukan perkara yang sama. Comel kan Andrew Garfield? Apa pendapat anda?

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN