Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Rendang Tak Laku Nak Melalak Pasal Aku” – Zarina Anjoulie Berang Difitnah Diva AA Tidak Beri Bantuan Banjir

Zarina dan Ebit antara figura popular yang aktif memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir

by Khai Azfar
December 21, 2021
Share on Facebook

Selebriti dan usahawan, Zarina Anjoulie tampil menyelar tindakan Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menuduhnya tidak memberi sebarang bantuan kepada mangsa banjir baru-baru ini.

Diva AA Kecam Tiga Individu 

Dalam sebuah ciapan di laman Twitter, Diva AA telah berkongsi foto tiga individu yang merupakan mantan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dan Zarina.

Pada hantaran tersebut turut disertakan kapsyen mempersoalkan kelibat ketiga-tiga mereka yang kononnya tidak kelihatan di kawasan-kawasan banjir untuk memberi bantuan. Malah pengacara sensasi itu turut mendakwa mereka tidak kelihatan berkemungkinan tiada lagi dana atau takut dikecam.

Zarina Balas Sindiran 

Berang dengan tuduhan tersebut, Zarina menerusi laman Instagram nya menegaskan segala tindakan dan bantuan yang dilakukan oleh mereka (termasuk Ebit) tidak perlu ditunjukkan kepada umum ataupun memaklumkan pada dirinya.

“Atleast kitorang ada la tolong … persoalan nya aku tak pernah pun tengok kau tolong langsung hmmmm..mana kau tau aku dgn Ebit lew tak hulur duit dekat orang..setiap resit kita transfer kena post kat feed ke ? kena dm kau ke? we all know how to play our part … do u???? JOM LA LIVE SAMA

“Pastu suruh org tag n konon akan kasi 200 pada siapa yang tag .. hello baik kau donate 200 kat mangsa banjir daripada kau kau kasi upah untuk org spread negativity. tak masuk akal” tulis Zarina

Tidak berakhir disitu, Zarina turut berkongsi tangkap layar ciapan Diva AA yang memerli seorang wanita berstatus ibu tunggal dipercayai merujuk kepada dirinya.

[VIDEO] "Kau Tunggu Pendedahan Sebenar"- Azwan Ali Berang Dengan Aliff Syukri

Cabar Diva AA Semuka

Susulan itu, Zarina yang pernah popular menerusi drama Anak Pontianak mencabar Diva AA untuk bersemuka dengannya secara langsung dalam ruangan IG Live. Tegas pelakon itu, dia tidak akan berdiam diri setelah Diva AA menuduhnya dengan pelbagai tohmahan selain turut ‘tag’ pada akaunnya.

“Amok kena sindir? aku selama ini diam. kau sindir aku baru semalam fire balik kau tak leh angkat ke? Kau ingat aku nak diam dah bertubi-tubi kau kacau aku? aku celebrity sampah? Well at least aku masih ada job, kau tengah buat apa dengan hidup kau?

“Rendang tak laku nak melalak pasal aku.. sampah-sampah aku pun aku duduk banglo kau duduk kondo konon 1 juta entah betul ke tidak pui…

“Dont you dare come for me pastu ingat aku akan diam..dah kena saman dengan dato vida haritu tau takut.. nak kena dengan aku pulak ke?

“meh la live sama. Dont tell me you dont have the guts to do so” kata Zarina lagi

Bagaimanapun, menerusi carian Murai.my terkini hantaran Zarina tersebut telah pun dipadam manakala Diva AA turut memadam beberapa ciapan mengenainya.

Sekadar info, Zarina dan Ebit antara figura popular yang aktif memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Diva AAzarina anjoulie
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara