Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Akhiri Status Ibu Tunggal, Oktovia Manrose Selamat Bernikah Dengan Bekas Pemain Bola Sepak

Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan

by Khai Azfar
December 22, 2021
138
KONGSIAN
Share on Facebook

Mengikut jejak langkah sepupunya, Uqasha Senrose, pelakon Oktovia Manrose atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia selamat bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak Melaka United, Mohamad Khairul Esfan Mdisa.

Dinikahkan Oleh Iwan 

Pasangan mempelai ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman sambil disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi dalam sebuah majlis pernikahan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall pada malam Selasa.

Dihadiri 250 Tetamu

Difahamkan, majlis yang dihadiri kira-kira 250 orang tetamu itu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua mempelai. Sekadar info, Khairul menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 kepada Oktovia dan menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

https://www.instagram.com/p/CXv0AOMv_en/

Untuk rekod, Oktovia yang juga kakak kepada pelakon Aprena Manrose pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Izat Abdul Rahman sekitar 2011 namun berpisah selepas empat tahun bersama. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain,10 tahun.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
oktovia manrose
https://lomp.at/iurgb
Share55Tweet35SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem