Sunday, January 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home HotList

Tahu-tahu Dah Berpisah, Ini 7 Perceraian Artis Malaysia Yang Mengejutkan 2021

by Phic ARMAN
December 24, 2021
1.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Kes perceraian di kalangan selebriti sentiasa menjadi perhatian netizen, lagi-lagi di Malaysia, isu beginilah yang sentiasa di ‘google’.

Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat, namun beberapa pasangan artis di Malaysia ini akhirnya tewas dan bercerai. Lebih mengejutkan, ada di kalangan selebriti ini dalam diam sudah sekian lama berpisah namun tidak bersedia memberitahu kepada ahli media.

Pada tahun 2021, ramai selebriti memutuskan untuk menamatkan perkahwinan mereka. Murai MY telah menyediakan sedikit bingkisan mengenai 5 pasangan artis yang bercerai di 2021 yang tidak disangka-sangka.

Aishah

Foto: Mstar

Juara Gegar Vaganza musim ke empat, Aishah, 56, mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan lalu selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.  Pada 2017, penyanyi bervokal mantap ini mengakui sudah berkahwin kali keempat, namun, enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

King Coco

Hanya bertahan selama 4 tahun, King Coco yang pernah mendapat gelaran ‘lots of mix’  ini tiba-tiba sahaja memaklumkan bahawa dirinya tidak lagi bersama suami, Azrin Anas Abdul Shukor. Walaubagaimanapun, King Coco atau  nama sebenarnya, Marshaira Ismail, 23, dia kini telah kembali solo namun enggan memaklumkan tarikh perceraian mereka. Sekadar info, King Coco dan Azrin Anas mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2017 dan telah dikurniakan dua cahaya mata.

Fizi Ali

Foto: Mstar

Tanpa disangka-sangka,  penyampai radio popular Suria FM, Fizi Ali mengesahkan  perkahwinan yang baru berusia tiga tahun bersama pelakon Shakila Khoriri kini berakhir. Fizi berkata Kosmo, bahawa hubungannya dengan Shakila sudah berakhir dan kini membawa haluan masing-masing. Berita tersebut benar-benar mengejutkan peminat kerana rumah tangga mereka selama ini terlihat ceria dan bahagia.

Siti Saleha

Foto: Instagram Siti Saleha

Siapa sangka pada pertengahan bulan oktober yang lalu, aktres popular, Siti Saleha memfailkan perceraian terhadap suami, Ahmad Lutfi Azhar, 35, selepas berdepan keretakan rumah tangga. Walaubagaimanapun, Saleha tidak mengulas anjut punca perceraian namun dia akur dengan ketentuan hidupnya. Pemenang trofi Asia Model Awards 2020 di Seoul, Korea Selatan itu mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Yasmin Hani

Pengacara Yasmin Hani menerusi Instagramnya, telah memaklumkan bahawa dirinya telah bercerai dengan suami, Shahrin Razali. Yasmin dan bekas pemain dram Blackrose itu berkahwin pada 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Shila Amzah

Penyanyi lagu Tiada Dirimu, Shila Amzah, 31, mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak dua bulan lalu selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

Tidak mendedahkan secara terperinci punca pergolakan rumah tangga, Shila atau nama sebenarnya, NurShahila binti Amir Amzah reda dengan takdir yang tertulis buatnya. Tambah penyanyi itu, dia telah pun menfailkan perceraian namun masih dalam proses.

Penyanyi yang menempa nama di negara China ini berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada tahun 2018. Haris bekerja dalam sektor kewangan di kota London dan pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015. Pasangan ini dikurniakan seoranga cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais yang berusia 1 tahun.

Fiza Elite

Bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim akui sudah berpisah dengan suaminya, Aizat Al Jefri sejak 22 Julai tahun lalu. Memetik laporan Berita Harian, Fiza mengunci mulut mengenai status dirinya kerana ingin mencari kekuatan mendedahkan perkara sebenar. Ini merupakan perkahwinan yang menemui titik akhir dengan perceraian. Walaubagaimanapun, Fiza reda jodoh dengan juruterbang ini tidak berpanjangan. Mereka berkahwin pada Disember 2016.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: fiza eliteFizi Aliking cocoshila amzahSiti saleha
Share518Tweet324SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai
Lokal

Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

by Aphit J.
January 29, 2023
Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Artis Puji- ‘Meremang Bulu Roma’
Musik

Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Artis Puji- ‘Meremang Bulu Roma’

by Phic ARMAN
January 29, 2023
Elly Mazlein Jatuh Cinta Dengan “Papa” Yang Lebih Muda Demi Anak?
Lokal

“Juri Tiada Tiket Untuk Memalukan”- Netizen Puji Jawapan Professional Elly Mazlein Isu Teguran Keras Juri

by Aphit J.
January 29, 2023
“Cik B Bagus Angkat Barang Sendiri, Kacak Orang Gaji Yang Bawa Naik” – Netizen Puji Tindakan Cik B Bawa Barang ‘Shopping’
Lokal

“Cik B Bagus Angkat Barang Sendiri, Kacak Orang Gaji Yang Bawa Naik” – Netizen Puji Tindakan Cik B Bawa Barang ‘Shopping’

by Aphit J.
January 29, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Janna Nick Pertahan Diri, Komen Fahrin Ahmad Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan