Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Tiada Rezeki Dalam GV8, Upiak Isil Tersingkir Walaupun Anggap Persembahan Terbaik

Penyanyi dan satu-satunya peserta daripada Indonesia itu akur dengan keputusan juri

by Khai Azfar
December 27, 2021
Share on Facebook

Meskipun persembahan  Upiak Isil pada konsert minggu keenam  Gegar Vaganza 8 (GV8) disifatkannya sebagai persembahannya yang terbaik, namun rezeki tidak menyebelahinya apabila penyanyi itu diumumkan tersingkir.

Upiak Tiada Masalah Dengan Usop 

Bertemakan Langkah seiringan (berduet dengan penyanyi-penyanyi muda), Upiak yang digandingkan bersama Usop mendapat markah markah terendah dengan perolehan sebanyak 56.3%. Ketika ditemui Murai.my, Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda berkata dia dan Usop tidak mempunyai sebarang masalah mendendangkan lagu Sembunyi nyanyian asal Misha Omar dan Andy Flop Poppy.

“Alhamdulillah. Saya berpuas hati dengan persembahan minggu ini kerana saya telah bekerja keras sejak mendapat judul lagu ini kerana saya tidak ingin mensia-siakan peluang yang saya dapat.

“Saya bercakap dengan diri saya, saya mesti jadi kuat seperti Dato Sri Siti Nurhaliza yang yakin pada dirinya sendiri sebelum beliau naik ke atas pentas. Saya dapat inspirasi itu ketika menyaksikan persembahan Siti dan ternyata ianya berbaloi.

“Tak susah nak dapatkan keserasian dengan Usop sebab dia seorang yang kelakar dan kami pun sekepala” katanya

Anggap Tiada Rezeki 

Bagaimanapun, penyanyi dan satu-satunya peserta daripada Indonesia itu akur dengan keputusan juri dan menganggap ia sebagai satu ketentuan daripada Ilahi.

“Saya sebenarnya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan sejak minggu lepas lagi. Jadi saya terima kekalahan ini. Saya ada hubungi ibu sebelum ini untuk minta doakan saya dan dia ada berpesan “kalau kamu tersingkir jangan bersedih kerana ini adalah pertandingan ada kalah dan menangnya”.

“Saya bersyukur kerana dapat bertahan sehingga minggu keenam apatah lagi diangkat dari penyanyi komedi dan bukannya penyanyi professional. Alhamdulillah bertahan sehingga minggu keenam” katanya lagi

Upiak ditemui usai konsert minggu keenam GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad. Persembahan kesemua mereka diadili oleh juri tetap, Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang serta Jennifer Thompson sebagai juri undangan. Dalam minggu keenam ini juga, penyanyi Suki Low berada di tangga teratas dengan markah sebanyak 83.70%.

Markah Penuh Minggu Keenam GV8

  1. Suki Low – 83.70%
  2. Aliff Aziz – 76.20%
  3. Adibah Noor – 71.90%
  4. Aweera – 68.90%
  5. Shidee – 64.00%
  6. Nikki Palikat – 62.50%
  7. Ani Maiyuni – 61.80%
  8. Azan Scan – 61.20%
  9. Sa.Ya – 60.90%
  10. Bandi Amuk – 54.40%
  11. Upiak Isil – 54.30%
Gegar Vaganza 2021GV8upiak isil
https://lomp.at/mz9tk
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara