Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

by Phic ARMAN
July 13, 2026
174
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu perkongsian di TikTok baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila sebuah keluarga meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa tidak dibenarkan membawa pulang jenazah ahli keluarga mereka ke rumah bagi memberi penghormatan terakhir.

Menurut perkongsian tersebut, keluarga itu hanya mahu meletakkan jenazah di hadapan banglo tiga tingkat yang didiami mereka sebelum upacara pengebumian dijalankan. Namun, mereka mendakwa pihak pengurusan Joint Management Body (JMB) tidak memberikan kebenaran berbuat demikian.

Susulan insiden itu, keluarga berkenaan turut menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) serta pihak berkaitan supaya menyiasat perkara tersebut.

Semestinya, kisah ini mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang bersimpati dengan keluarga terbabit kerana menganggap penghormatan terakhir kepada insan tersayang adalah perkara yang cukup sensitif dan wajar diberi sedikit budi bicara.

Ramai Ingat Hanya Kondo Ada Peraturan Ketat

Antara komen yang paling banyak dikongsikan netizen ialah mereka menyangka peraturan seperti ini hanya biasa berlaku di kondominium atau apartmen.

“Bila dengar rumah banglo tiga tingkat, memang ramai akan fikir pemilik bebas nak pasang khemah atau adakan upacara di hadapan rumah sendiri,” tulis seorang netizen.

Malah, ada yang berpendapat kawasan perumahan tersebut berkemungkinan merupakan kediaman landed premium yang dibangunkan di bawah skim strata. Sebab itulah, walaupun rumah berada di atas tanah sendiri, masih terdapat peraturan tertentu yang perlu dipatuhi.

Bagi MURAI, di sinilah ramai sebenarnya terlepas pandang. Bila membeli rumah, kita selalunya fokus pada lokasi, keluasan rumah, kemudahan dan harga. Tetapi jarang sekali kita bertanya tentang House Rules atau kuasa pihak pengurusan.

@haustvmedia

Keluarga Kecewa, Pengurusan Didakwa Tidak Benarkan Penghormatan Terakhir Di Kediaman TELUK PANGLIMA GARANG, 4 Julai – Sebuah keluarga meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa pihak pengurusan sebuah kawasan kediaman di Teluk Panglima Garang tidak membenarkan mereka membawa pulang jenazah bapa ke rumah bagi memberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan. Anak kepada si mati berkata, bapanya meninggal dunia pada 1 Julai kira-kira jam 10.08 pagi. Sejurus menerima berita itu, suaminya telah pergi ke pejabat pengurusan kawasan kediaman untuk memohon kebenaran memasang kanopi sebagai persiapan menerima kunjungan ahli keluarga dan saudara-mara. Bagaimanapun, ketika perbincangan berlangsung, pihak pengurusan memaklumkan bahawa sebarang urusan berkaitan penghormatan terakhir melibatkan jenazah tidak dibenarkan di kawasan kediaman berkenaan, sekali gus menyebabkan keluarga terpaksa mencari lokasi lain sebelum urusan pengebumian diteruskan pada keesokan harinya. Insiden itu, menurut keluarga terbabit, menyebabkan mereka berdepan kesukaran untuk menunaikan hasrat terakhir arwah serta menerima kunjungan saudara-mara yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada si mati. @Dato’ Dr. Kalai Vanar

♬ original sound – HausTVmedia – HausTVmedia

Kenali Status Rumah Sebelum Menyesal

Seorang lagi netizen turut berkongsi pandangan yang menarik perhatian ramai. Menurutnya, pemilik rumah sepatutnya menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kerana di situlah segala peraturan dibincangkan. Jika ada peraturan yang dirasakan tidak sesuai, pemilik mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan atau membantah sebelum ia diluluskan.

Malah, beliau turut mengingatkan bahawa Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) memberikan kuasa tertentu kepada pihak pengurusan dalam mentadbir kawasan strata, termasuk penguatkuasaan House Rules yang dipersetujui.

Pada masa sama, kes ini juga membuka ruang kepada satu perbincangan lebih besar. Walaupun JMB mempunyai kuasa menguatkuasakan peraturan, ramai berpandangan bahawa situasi melibatkan kematian ahli keluarga sepatutnya dinilai dengan penuh empati dan pertimbangan kemanusiaan.

Bagi MURAI, tiada siapa yang mahu berdepan situasi kehilangan orang tersayang. Sebab itu, komunikasi yang baik antara penduduk dan pihak pengurusan sangat penting supaya setiap keputusan bukan sahaja mematuhi peraturan, malah mengambil kira nilai kemanusiaan.

Apa pun, kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada bakal pembeli rumah. Jangan hanya melihat rumah itu banglo, teres atau semi-D lalu menganggap semuanya bebas dilakukan. Semak sama ada kediaman tersebut berada di bawah skim strata, fahami House Rules yang ditetapkan dan, jika berpeluang, kenali juga cara pengurusan komuniti di kawasan tersebut.

Kadang-kadang, perkara yang kita anggap remeh sebelum membeli rumah boleh menjadi isu besar apabila berdepan situasi yang tidak dijangka. Jadi, mungkin inilah masanya untuk kita semua lebih cakna sebelum menandatangani sebarang perjanjian pembelian rumah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
3
Weary
Weary
0
Arahsia ResidencesJoint Management Body (JMB)
Share70Tweet44SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

by Nix
July 2, 2026

Tular di media sosial satu perkongsian yang memaparkan pengalaman menikmati hidangan di atas meja yang diletakkan di dalam sungai sehingga...

Read moreDetails
Foto - @TGTM_Official (X)
Sosial Buzz

[VIDEO] Berang Bendera Negara Tiada Di Hotel KL, Sikap Pelancong China Tuai Kecaman- “Memalukan!”

by Nurul A.
July 10, 2026

Seorang pelancong China telah tular di media sosial, apabila sebuah video yang memaparkan dirinya tidak berpuas hati apabila bendera negara...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Graduan UiTM! Gardenia Sedia Bimbing Sebelum Masuk Dunia Kerja

by Phic ARMAN
July 9, 2026

Berita baik buat mahasiswa dan graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sedang bersiap sedia melangkah ke alam pekerjaan. Gardenia Bakeries...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Kenali Marco Roams, YouTuber Australia Yang Tular Selepas Dedah ‘Sisi Lain’ Kuala Lumpur

by Phic ARMAN
July 2, 2026

Nama YouTuber dari Australia, Marco Roams, kini menjadi antara individu yang paling hangat diperkatakan di media sosial selepas video pengembaraannya...

Read moreDetails
Update

Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

by Phic ARMAN
July 13, 2026

MURAI rasa ini antara kisah yang memang buat ramai naik darah. Apa yang sepatutnya menjadi rutin membeli barangan dapur bertukar...

Read moreDetails
Foto - @shafy.alyvia (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Wanita Luah Kecewa Temui Ulat Dalam Nasi Lemak Oriental Kopi- “Branch Mana Sis?”

by Nurul A.
July 9, 2026

Sebuah video pendek yang dikongsi oleh seorang wanita di platform Threads semalam, telah mengundang perhatian ramai apabila mendakwa menemui seekor...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Masuk Tandas OKU Tapi Nampak CCTV, Pengguna R&R Rawang Luah Rasa Tak Selesa

by Phic ARMAN
July 23, 2026

Siapa pun pasti nak rasa selesa apabila menggunakan tandas awam, lebih-lebih lagi tandas OKU yang digunakan oleh golongan memerlukan bantuan....

Read moreDetails
Sosial Buzz

Kecewa! PU Amin Tegur Trend Lelaki Pakai Baju Wanita Demi Content- “Haram Dan Berdosa”

by Phic ARMAN
July 17, 2026

Media sosial hari ini memang menjadi platform utama untuk berniaga dan membina jenama. Lagi kreatif sesuatu kandungan, lagi mudah ia...

Read moreDetails
Insentif

Baucar Buku RM100 Dah Boleh Tebus! Mahasiswa, Jangan Sampai ‘Burn’ Peluang Ini

by Phic ARMAN
July 15, 2026

Kalau anda bergelar mahasiswa, ini antara berita yang memang worth it untuk diambil tahu. Bermula 15 Julai, pelajar Institusi Pengajian...

Read moreDetails
Insentif

Pekebun Kecil & Penoreh Getah, Jangan Lepaskan Peluang Mohon BMT RM800!

by Ayu Kamaruddin
July 2, 2026

Berita baik buat pekebun kecil dan penoreh getah! Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026 kini dibuka bermula 1 Julai hingga...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

  3. 3

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  4. 4

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara