Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

JKM Tampil ‘Back Up’ Rina Harun! Guna ‘Water Jet’ Untuk Cuci Najis Unggas & Cicak

Video yang dirakam tersebut adalah ketika Rina sedang mencuci kesan najis unggas dan cicak

by Khai Azfar
December 27, 2021
70
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sekali lagi dikecam hebat oleh netizen di media sosial.

JKM Nafi Rina Cuci Simen Bersih

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Ia berikutan tular mengenai sebuah video kononnya beliau sedang mencuci simen bersih hanya bagi tujuan publisiti semata-mata. Susulan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil menjernihkan keadaan sekaligus menafikan dakwaan melibatkan ahli politik tersebut.

Bersihkan Bekas Najis Unggas Dan Cicak

Dalam sebuah kenyataan media yang dikongsi oleh JKM,Rina sememangnya sedang giat membersihkan kawasan terbabit dalam operasi pasca bencana banjir. Malah video yang dirakam tersebut adalah ketika Rina sedang mencuci kesan najis unggas dan cicak di Sekolah Kebangsaan (SK) Salak Tinggi.

“JKM terpanggil untuk menjawab isu tular yang mendakwa Datuk Seri Rina hanya ‘berposing’ mencuci simen bersih di sebuah sekolah.

“Sebaliknya JKM sebagai jabatan yang menguruskan operasi ini memohon kesudian menteri untuk mencuci kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dicucikan sebelum ini.

“Berikutan peralatan ‘waterjet’ sedia ada di lokasi pembersihan, Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM dan beliau melakukan kerja itu dengan dada lapang dan hati terbuka,” kata kenyataan tersebut

Turut Lakukan Aktiviti Lain 

Bukan itu sahaja, beliau turut melakukan kerja pembersihan dan susun atur logistik lain di sekolah berkenaan.

Di kesempatan itu, JKM turut menyertakan beberapa foto menunjukkan Rina melakukan aktiviti lain seperti menyusun atur meja dan kerusi pelajar dan mengemas khemah yang digunakan oleh mangsa banjir.

KENYATAAN MEDIA [MENTERI MENGGUNAKAN WATERJET MEMBERSIHKAN SIMEN BERSIH]
YB Datuk Seri Rina Harun, Menteri KPWKM telah turun padang bersama-sama dengan 200 orang sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia dan warga KPWKM untuk melakukan aktiviti pembersihan di PPS SK Salak, Sepang. pic.twitter.com/KpbEqe61MV

— Jabatan Kebajikan Masyarakat (@jkmhq) December 26, 2021

JKM juga merasakan tidak adil untuk netizen membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha Rina dalam memberi bantuan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Rina Harun
https://lomp.at/fmx6e
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem