Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Bagaimana Nak Jimat Berbelanja Apabila Menjelang Hari Raya?

by Jash Lee
April 26, 2021
Share on Facebook

Dalam masa beberapa minggu lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semua orang yang bakal meraikannya pasti sibuk untuk membuat segala persiapan untuk bulan Syawal itu nanti. Mungkin ada yang sudah pun membeli-belah barang-barang keperluan diri dan keluarga. Lagi-lagi waktu gaji dah masuk, yang lebih bertuah lagi kalau ada majikan yang bagi bonus atau duit raya. Lagi meriah lah berbelanja untuk hari gembira yang bakal diraikan.

Ada yang terlalu teruja sehinggakan mereka terlupa bahawa mereka sudah terlebih berbelanja. Ini adalah sikap yang sangat tidak sihat dan ianya akan menjadi satu bebanan. Adalah lebih baik jika kita mampu untuk mengawal nafsu dan dapat berbelanja dengan bijak supaya ianya tidak akan menjadi beban samada sebelum sambutan hari raya ataupun selepas hari raya.

Jom sama-sama kita amalkan perkara ini supaya kita dapat berjimat dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri nanti.

 Tetapkan Bajet

via Hidier

Sama seperti rutin yang kita amalkan setiap bulan, sediakan juga bajet yang sama untuk persiapan perbelanjaan sambutan hari raya. Tambahkan peruntukan untuk perbelanjaan ‘extra’ seperti duit tol dan petrol kereta. Perlu juga diingatkan, perbelanjaan sepanjang ramadhan juga harus bijak dikawal agar kita tidak menjejaskan bajet untuk sambutan raya. Yang paling penting, tanamkan sikap tegas pada diri untuk mengawal kos perbelanjaan hanya mengikut bajet yang telah ditetapkan.

 Senaraikan Barangan Yang Perlu Dibeli

via Babab.Net

Pastikan kita menyenaraikan semua barangan diri dan keluarga yang perlu dibeli sebelum melangkah keluar untuk berbelanja. Senarai ini akan membantu untuk kita mengawal nafsu berbelanja, agar kita tidak terlupa yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak. Jangan pula termakan dengan pelbagai jualan murah dan diskaun yang ditawarkan, ini akan membuatkan kita lebih cenderung untuk berbelanja mengikut nafsu. Ingat, senarai yang kita buat adalah mengikut bajet dan kemampuan yang telah kita sediakan.

Jadi Pembeli Yang Bijak

via UncleZuan

Jangan terlalu mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran yang kononnya hebat. Jadilah pembeli yang bijak, anda boleh memeriksa dahulu harga untuk 2-3 kedai dan lakukan perbandingan harga. Bukankah itu lebih menguntungkan jika barang yang sama yang kita perlukan tapi kita boleh dapat dengan harga yang lebih murah. jadi, tak salah untuk membandingkan harga terlebih dahulu sebelum berbelanja.

Tidak Perlu Semua Barang Ditukar Baru

via GreatIdeaHub

Menyambut hari raya hanya setahun sekali, tapi tidaklah bermakna kita perlu tukar kesemuanya dengan barang baru. Contohnya dekorasi hiasan dalam rumah, kita mungkin hanya boleh ‘recycle’ atau ubah posisi agar kelihatan berbeza dan nampak seperti baru dan lebih segar. Sama sahaja dengan perabut, pakaian dan apa sahaja yang selagi boleh dipakai dan masih elok, apa salahnya kita gunakan lagi tanpa perlu membazir beli yang baru.

Gunakan Tunai Lebih Baik

via SiakapKeli

Ingat, kita berbelanja adalah mengikut kemampuan dan bajet yang telah ditetapkan. Disarankan untuk menyediakan wang tunai mengikut bajet anda. Ini bagi mengelakkan kita dari terlebih berbelanja kerana jika kita menggunakan kad kredit atau debit, takut kita terlebih dalam berbelanja dan ianya akan membebankan di kemudian hari. Tetapi jika terpaksa, pastikan anda ‘stick to your budget’. Jangan terlebih pula.

 Rancang Perjalanan Balik Ke Kampung

via Direct Lending Malaysia

Mana tau kan, kalau ada rezeki kita tahun ini, Kerajaan mengumumkan perjalanan rentas negeri dibenarkan. Maka bolehlah semua umat Islam meraikan Hari Raya di kampung halaman masing-masing. Jadi, rancanglah perjalanan untuk pulang ke kampung dengan lebih awal. Jika anda memandu kereta, pastikan kenderaan anda di servis terlebih dahulu dan berada dalam keadaan yang baik. Jika menggunakan pengangkutan awam, beli tiket dengan lebih awal, ini bagi mengelakkan harga yang terlalu tinggi dan tak masuk akal disebabkan anda membeli tiket di saat-saat akhir. Lagi bagus jika tiket dibeli sewaktu ada rebat atau penjimatan hebat di mana-mana platform yang disediakan. Kena rajin periksa selalu harga tiket istimewa yang ditawarkan.

Asingkan Perbelanjaan Bulanan

via IncheNaim

Pastikan bajet untuk perbelanjaan bulanan yang telah ditetapkan di asingkan terlebih dahulu. Elakkan bajet perbelanjaan bulanan dicampur adukkan dengan perbelanjaan untuk sambutan hari raya. Dengan langkah bijak sebegini, masalah lari bajet pasti dapat dielakkan.

Menabung

via JMR

Walaupun kita berbelanja hanya setahun sekali untuk sambutan hari raya namun simpanan atau tabungan tidak harus kita abaikan. Asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda sebagai simpanan. Sediakan payung sebelum hujan.

Semoga perkogsian kali ini akan sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam berbelanja menjelang hari raya pada tahun ini. Keluarga gembira, anda juga tersenyum kerana dapat memenuhi segala keperluan dengan sempurna tanpa membebankan.

aidilfitrihari rayajimat belanjalembaran
https://lomp.at/bw5u8
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang mula sibuk membuat pelbagai persiapan. Daripada membeli baju raya, menghias rumah sehinggalah menyediakan...

Read moreDetails
Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
Foto - @masjidsrisendayanofficial (IG)
Islamik

Paling Mudah & Ringkas, Ini Cara Solat Sunat Witir (3 Rakaat 2 Salam)

by Nurul A.
February 24, 2026

Bila bercakap soal solat sunat witir, MURAI yakin ramai yang akan kaitkan solat sunat ini dengan solat terawih semasa bulan...

Read moreDetails
Tips

2 Minggu Sebelum Hari Raya, Sempat Lagi Nak Kurus Kalau Kamu Lakukan Ini!

by Nurul A.
March 6, 2026

Cuba bayangkan kamu belum lagi dapat bentuk badan ideal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri? Mimpi ngeri sangat kerana terpaksalah kamu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  3. 3

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara