Drama Korea Snowdrop yang dibintangi oleh Jisoo Blackpink kepada Dear.M, yang digandingkan bersama Jaehyun NCT, dijadualkan akan ditayangkan pada tahun 2021. Dijangkakan terdapat sekurang-kurangnya 15 drama Korea yang dapat anda tonton pada tahun 2021.

Sudah tentu drama-drama ini akan disajikan dalam pelbagai genre, sama ada dari segi percintaan, kekeluargaan, misteri hingga fantasi.

Berikut adalah 15 senarai drama Korea  yang dijangka akan bersiaran pada tahun 2021. Jom kita tengok!

IKLAN

She Would Never Know

via wowkeren.com

Pertama untuk senarai ini adalah drama berjudul She Would Never Know yang pada awalnya berjudul Sunbae, Don’t Put On That Lipstiq. Drama baru JTBC ini dibintangi oleh Rowoon SF9 dan Won Jin Ah. She Would Never Know sangat menarik perhatian kerana poster pertamanya telah menampilkan pose ciuman dua bintang utama di tengah-tengah jalan raya.

Menceritakan tentang kisah Yoon Song Ah (Won Jin Ah) seorang yang sangat profesional dalam bidang pemasaran syarikat kosmetik, dia juga menyimpan impian untuk memiliki jenamanya sendiri. Rowoon SF9 pula melakonkan watak sebagai Chae Hyun Sung dan bekerja dalam bidang yang sama tetapi berkeperibadian lebih lurus. Drama ini dijadualkan akan ditayang pada 18 Januari 2021.

Dear.M

via kpopmep.com

Anggota NCT, Jaehyun adalah salah seorang pelakon dalam drama Dear.M yang bakal ditayangkan pada Februari 2021. Pelakon ini juga akan bersama-sama dengan barisan pelakon lain seperti Park Hye Soo, Roh Jeong Eui dan Bae Hyung Sung.

Pada mulanya drama Dear.M, dilakonkan oleh pelakon Kim Sae Ron. Namun dia telah mengundurkan diri disaat-saat akhir oleh kerana beberapa masalah dalaman dengan pihak produksi. Drama ini adalah mengenai pencarian tokoh ‘M’ yang telah mencetuskan kekecohan di satu kampus kerana penulisannya di laman web universiti.

The Moon Rising  River

via Soompi

Sebuah drama bersejarah membuat kemunculan baru pada tahun 2021. Drama yang berdasarkan tentang kisah rakyat, yang dibintangi oleh pelakon popular Kim So Hyun dan Ji Soo.

Menceritakan kisah Pyong Gang (Kim So Hyun) seorang anak perempuan yang dibesarkan sebagai tentera. Dia mempunyai cita-cita untuk menjadi raja di Goguryeo. Kemudiannya terselit kisah cinta antara Pyong Gang dan On Dal (Ji Soo). The Moon Rising River dikhabarkan akan ditayang pada Mac 2021 dan akan menggantikan slot drama Royal Secret Agent.

Hellbound

via dailykdrama.com

Yoo Ah In, Park Jeong Min, Kim Hyun Joo adalah antara barisan pelakon dalam drama berjudul Hellbound. Kisah drama ini adalah berdasarkan dari drama webtoon dengan tajuk yang sama. Drama yang akan disiarkan di Netflix mengisahkan tentang malaikat maut yang datang menjemput manusia. Yoon Ah In akan memainkan peranan sebagai Jung Jin Soo, ketua agama baru yang bernama Saejinrihwe.

Mouse

via koreaboo

Drama tentang kisah polis yang bakal muncul pada tahun 2021 yang berjudul Mouse. Suatu ketika dahulu, ada seorang polis baru yang bernama Jung Ba Reum (Lee Seung Gi) dan kehidupannya semakin sukar sejak berjumpa dengan seorang pembunuh. Dalam masa yang sama, dia juga mengetahui kebenaran tetang pasangannya Ko Moo Chi (Lee Hee Joon). Drama ini bakal ditayangkan pada Februari 2021.

All Of Us Are Dead

via blogspot

Webtoon Now At Our School telah diilhamkan menjadi sebuah drama yang bertajuk All Of Us Are Dead. Bagi anda yang gemarkan cerita zombie, drama yang satu ini sesuai untuk ditonton. All Of US Are Dead menceritakan tentang kisah sekumpulan pelajar sekolah menengah yang telah terperangkap di sekolah.

Mereka harus menghadapi situasi yang sukar ketika virus zombie sudah merebak. Drama yang akan ditayangkan di Netflix ini yang dibintangi oleh Yoon Chan Yeong, Park Ji Hoo, Jo Yi Hyun dan ramai lagi. Drama ini bakal ditayangkan pada Jun 2021.

One Day, Destruction Came To My Front Door

via semangrangku.pikiran-rakyat.com

Drama yang dikhabarkan bakal ditayang pada Mei 2021 adalah drama berjudul One Day, Destruction Came To My Front Door. Drama ini menggabungkan pelakon Seo In Guk dan Park Bo Young. Drama yang membawa genre fantasi romantis ini juga sesuai dengan tajuk pendeknya, Destruction, menceritakan tentang kisah seorang lelaki yang terkenal dengan kehancuran. Apapun yang disentuhnya boleh hilang begitu sahaja. Watak unik ini dengan nama Kim Sa Ram akan dilakonkan oleh Seo In Guk. Sementara itu, Park Bo Young pula akan melakonkan watak sebagai Tak Dong Gyung.

IKLAN

Cliffhanger (Mount Jiri)

via haibunda.com

Pengarah Lee Eung Bong yang mengarahkan drama Sweet Home, akan membuat kemunculan dengan karya barunya yang berjudul Cliffhanger (Mount Jiri) pada tahun 2021. Dua bintang Korea Jun Ji Hyun dan Joo Ji Hyun telah digandingkan dalam drama tersebut.

Drama misteri ini mengisahkan tentang sekumpulan pendaki Gunung Jiri yang telah melalui jalan misteri yang tidak pernah diterokai oleh mereka sebelum ini. Jun Ji Hyun bakal memainkan peranan sebagai Seo Yi Kang, seorang renjer hutan yang terbaik dan Joo Ji Hyun sebagai renjer baru di Taman Nasional Gunung Jiri bernama Kang Hyun Jo.

Drama ini bakal ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad di tvN tetapi tarikh tayangan belum dapat dipastikan lagi.

Red Cuff Of The Sleeve

via koreanidolkpop.blogspot.com

Kehebatan lakonan Park Hye Soo tidak hanya dapat disaksikan dalam drama Dear.M. Park Hye Soo juga akan berlakon dalam drama Red Cuff Of The Sleeve yang bakal ditayangkan di MBC. Dalam drama 16 episod ini, Park Hye Soo digandingkan dengan pelakon Kim Kyung Nam. Menceritakan tentang kisah Seung Dok (Park Hye Soo) seorang wanita istana bawahan yang telah menjadi seorang ratu. Ada kisah cinta antara Seung Dok dan Raja Jeongjo (Kim Kyung Nam). Namun belum ada maklumat mengenai jadual siaran drama ini.

The Devil Judge

via cnnindonesia.com

The Devil Judge adalah drama Korea dengan genre misteri dan dikhabarkan bakal ditayangkan pada Jun 2021. Drama ini juga menarik perhatian kerana dibintangi oleh pelakon Ji Sung dan Jinyoung GOT7. Anggota boyband GOT7 yang berperanan sebagai Kim Ga On, adalah seorang lelaki yang telah kehilangan kedua ibu bapanya ketika dia masih kecil akibat kemalangan.  Sejak itu, dia belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang hakim. Dalam drama ini, dia digandingkan bersama Yo Han (Ji Sung).

Youth

Kisah fiksyen BTS Universe dilantik ke layar perak menerusi drama berjudul Youth.  Drama ini adalah siaran yang dinanti-nantikan.  Walau bagaimanapun terdapat masalah dengan nama watak yang dilakonkan oleh ahli BTS. Proses penggambaran untuk drama ini dilaporkan telah selesai pada Oktober 2020. Namun ada harapan besar bahawa drama ini akan dapat ditayangkan pada tahun 2021.

Joseon Exorcist

Pelakon Jang Dong Yoon adalah pelakon yang membawakan watak utama dalam drama Joseon Exorcist. Mendengar tajuknya sahaja, anda boleh menjangkakan drama ini akan menceritakan tentang kisah masa lampau. Drama ini dijangka akan ditayangkan pada Mei 2021 dan ia menceritakan tentang seorang raja dan dua anaknya yang berhadapan dengan makhluk halus. Ternyata makhlus halus ini menyimpan dendam pada keluarga kerajaan.

Money Heist

via anungsayo

Siri Sepanyol yang popular, La Casa de Papel atau Money Heist bakal dibuat dalam versi Korea. Berita ini telah disahkan pada Disember 2020. Bintang filem The Call Jeon Jong Seon medapat tawaran untuk membawakan watak Tokyo yang dimainkan oleh Ursula Corbelo dalam versi asalnya. Walau bagaimanapun, tidak ada maklumat lanjut yang berkaitan dengan projek ini. Walaupun ramai yang mengesyaki Money Heist versi Korea akan akan selesai pada akhir 2021.

Like A Butterfly

via youtube

Pelakon Song Kang yang semakin dikenali setelah menjadi bintang dalam drama Sweet Home akan menampilkan genre yang berbeza dalam drama Like A Butterfly. Dia akan memegang watak sebagai Chae Rok iaitu seorang penari balet. Dilaporkan dari Forbes, Song Kang mendedahkan bahawa watak ini sebagai penari balet telah bermula pada usia yang agak lewat namun sangat berbakat. Drama ini dikatakan telah dibintangi oleh pelakon senior Park Inhwan dan dijangkakan akan ditayang pada April 2021.

Snowdrop

via internasional

Drama terakhir dalam senarai ini adalah drama Snowdrop yang membawakan Jisoo Blackpink sebagai watak utama. Bukan hanya Jisoo, drama ini juga dilakonkan oleh Kim Hye Soo, Jung Hae In dan Yoo In Na.

Menceritakan tentang latar belakang Seoul pada tahun 1987, kisah ini berkisar tentang Im Soo Ho (Jung Hae In) dan Eun Young Cho (Jisoo). Young Cho dikatakan telah jatuh cinta pada Soo Ho sejak pertama kali mereka berjumpa. Drama Snowdrop itu sendiri dikatakan akan ditayangkan sekitar Mei 2021.