Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Tepati Ramalan! Khareez & Nadeera Juara Lagu Cinta Kita 2

by Khai Azfar
January 4, 2021
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Menepati ramalan peminat, pasangan Khareez & Nadeera telah dinobatkan sebagai juara Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) sekaligus menewaskan lagi empat pasangan yang bertanding di peringkat akhir rancangan realiti itu.

Markah Tertinggi Daripada Juri 

Membawakan dua buah lagu, Ceritera Cinta dan Kuch Kuch Hota Hai, Khareez & Nadeera yang mendapat markah tinggi daripada barisan juri terdiri daripada Ajai, Hael Husaini dan Mas Idayu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000,telefon bimbit tajaan Samsung serta mereka juga bakal memiliki sebuah single lagu duet beserta video muzik.

Pasangan Syafiq & Serra yang berjaya memenangi tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 manakala pasangan Iss & Mya berjaya muncul di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM 20,000. Sementara itu, tempat keempat dan kelima dimenangi pasangan Kael dan Evie dan Adly serta Darling dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000 dan RM10,000.

Malam akhir LCK2 turut dihadiri oleh pelakon Rozita Che Wan sebagai panel Cinta manakala Zizi Kirana dan Dayang Nurfaizah diundang membuat persembahan jemputan. Markah keseluruhan berdasarkan 70 peratus markah juri manakala baki 30 peratus diperoleh daripada undian penonto. Sejak disiarkan pada 8 November lalu, program ‘music dating’ itu yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA berjaya mencetuskan fenomena tersendiri sehingga trending di laman Twitter.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Khareez KhasbulahKhareez NadeeraLagu Cinta Kita Musim 2
https://lomp.at/h1bmt
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem