Ramai yang terkejut apabila penerbit terkenal Datuk Ziela Jalil, mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Datuk Syed Osman Al Habshee pada 17 Februari 2019. Ia susulan dari pendedahan seorang gadis yang mengaku bapanya berkahwin dengan pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures tersebut. Hal ini telah menjadi tular dan hangat diperkatakan di laman Twitter.

Foto Datuk Ziela Jalil VIA BH Online

Ziela Jalil Jawab Dakwaan Kahwin Kali Ke-2 Sebab Harta

Namun agak mengecewakan apabila ada desas-desus dari netizen yang mengatakan Ziela kembali berumahtangga kerana harta. Menerusi temubual Ziela bersama BH Online, pemilik nama sebenar, Norzila Abdul Jalil itu menolak sekeras-kerasnya dakwaan ini.

IKLAN

“Saya tahu ramai yang menganggap saya mengahwininya kerana harta, itu tidak benar sama sekali. Dia orang biasa dan bukanlah hartawan. Saya tertarik dengannya kerana dia sering menjadi tempat untuk saya mengadu. Dia juga bersikap terbuka dan memahami walaupun tahu saya masih hidup dengan ditemani kenangan bersama bekas suami. Ini membuatkan saya yakin dialah calon yang tepat buat saya,” luah Ziela kepada BH Online.

Bukan mudah untuk Ziela mengambil keputusan untuk berkahwin semula. Menurut Ziela, dia sebenarnya lebih selesa hidup bersendirian selepas kematian suami lebih sedekad lalu.  Namun dia percaya kepada jodoh dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Mengenai kehidupan peribadi Ziela, beliau merupakan isteri kedua kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid. Dengan perkahwinan ini, beliau dikurniakan 3 orang cahaya mata dan mengambil seorang anak angkat.