Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Isteri Terpaksa Gadai Gelang Emas”- Azmi Saat Kenang Saat Sukar

by Khai Azfar
January 8, 2021
Share on Facebook

Lagu Tulus yang dilancarkan pada November lalu mempunyai pelbagai kisah yang tersendiri dan begitu mendalam buat penyanyi Azmi Saat. Ini kerana Tulus adalah karya pertama yang dicipta Azmi sekitar 2008 sekali gus menyerlahkan lagi bakat dalam dirinya menulis lagu.

Lagu Buat Isteri

Menampilkan melodi dan lirik mengenai kisah perasaan terhadap orang dicintai iaitu isteri, Tulus disifatkan lagu yang cukup istimewa dengan dirinya. Malah, dekat di hati peminat setia Azmi. Terbaharu, Universal Music Malaysia dan Valient Music selaku penerbit akan melancarkan video muzik (MV) rasmi lagu Tulus pada 7 Januari, pukul 9 malam di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Bercakap soal ketulusan dalam perhubungan suami isteri, Azmi yang bakal meraikan ulang tahun ke-10 perkahwinan bulan depan mengakui dia pernah melalui saat getir bersama isteri.

“Pada awal perkahwinan iaitu dalam tempoh dua ke tiga tahun, isteri banyak bantu. Apatah lagi dia adalah penjawat awam dan mempunyai gaji tetap.

“Isteri juga pernah bergolok gadai dengan menggadaikan barangan kemas termasuk terpaksa menjual hantaran perkahwinan berupa gelang emas. Sebab kami nak buat duit pendahuluan pindah rumah sewa baharu.

“Jadi, apabila saya sudah ada sedikit duit, barulah saya belikan gelang baharu sebagai ganti dan berikan dia duit untuk tebus semula barangan kemas yang digadai,” katanya dalam kenyataan media

Pernah Buat Kejutan Pada Isteri 

Walaupun tidak sesempurna insan lain, Azmi dan isteri tetap bahagia dalam melayari bantera perkahwinan mereka. Malah sama seperti pasangan lain, Azmi juga pernah membuat kejutan istimewa kepada isteri dengan menghadiahkan bunga dan barangan kemas.

“Isteri saya suka bunga, jadi saya belikan bunga. Saya pernah buat kejutan dengan belikan barang kemas.

“Ketika itu saya masih bekerja sebagai tukang urut dengan pendapatan mencecah RM1,000 sebulan. Jadi, adalah lebih duit sikit,” katanya.

Apa yang pasti juga, kekurangan yang dimiliki bersama pasangan tidak menjadikan mereka kufur nikmat sebaliknya berasakan diberikan kelebihan lain oleh Allah SWT.

“Walaupun dalam keadaan begini, saya tidak berasa ia satu kekurangan atau susah pun. Kalau diberi peluang nak pasangan normal atau macam saya, saya nak yang sama macam saya.

“Sebab kami saling memahami selain mengetahui kekuatan dan kekurangan masing-masing. Kalau kahwin dengan isteri normal, saya pasti tak dapat membantu dan menjaganya. Sebab dia kena buat semua sediri malah perlu menguruskan saya pula. Jadi, apabila dapat yang sama, kami buat bersama-sama. Dalam erti kata lain susah dan senang kami bersama,” katanya lagi.

Bercerita mengenai MV lagu Tulus yang dilancarkan, Azmi berkata dia berlakon sebagai individu celik sebelum mengalami kecelakaan hingga mengakibatkannya buta.

“Jalan cerita daripada pihak pengarah dan syarikat rakaman. Ia bukanlah kisah saya atau ikut jalan cerita lagu. Saya hanya berlakon juga.

“Saya menjadi suami dan isteri dilakonkan pelakon lain. Saya menjadi orang celik, kemudian ada insiden saya hilang penglihatan.

“Pada awalnya saya tak percaya dan sering marah, tapi isteri pujuk. Sepanjang tempoh itu, rupanya isteri pun ada sakit. Jadi, saya menyesal dengan tindakan yang dibuat,” dedah Azmi.

Tulus diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan Valient Music. Single ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox, iTunes dan YouTube.

azmi saat
https://lomp.at/qbaha
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

King Nassar Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 31 Julai Ini

by Naddy Joe
May 4, 2026

Kuala Lumpur bakal menyaksikan satu malam penuh gemilang dengan sentuhan pop fusion apabila penyanyi terkenal Indonesia, Nassar, membawakan konsert yang...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’

by Naddy Joe
May 4, 2026

Dalam era digital yang pantas melahirkan bakat baharu, hanya segelintir yang mampu melangkah keluar daripada ruang viral dan benar-benar membina...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

  5. 5

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara