Hari ini nama Janna Nick dan Aidil trending di twitter, siapakah Aidil?

Nama Aidil turut trending kerana Janna membalas ciapannya dengan memanggilnya ‘loser’. Hal ini membuatkan para netizen menyerang Janna dan mempertahankan Aidil yang dianggap menjadi mangsa keadaan.

Pada awalnya, Aidil yang mengguna akaun twitter bernama @notsoaidil telah menperbetulkan kenyataan Janna tentang filem The Purge yang dianggap kurang tepat.

IKLAN

Walaubagaimanapun, secara tiba-tiba ciapan itu berakhir dengan panggilan ‘loser’ dari Janna.

Sementara itu, dipetik dari UtusanOnline, Janna menjelaskan bahawa ramai orang salah faham berhubung ciapan ‘Loser’ tersebut. Ia sebenarnya merujuk kepada tindakan individu tersebut memadam pandangan balas terhadap ciapannya.

“Dia yang padam ciapan asalnya dan warganet nampak seolah-olah saya mengakhiri perdebatan itu dengan ‘Loser’. Jadi ramai yang mula memperbesar isu tersebut dan menyalahkan saya,” katanya.

Terdahulu, pengacara Melodi itu telah mendapat perhatian gara-gara membandingkan peristiwa penyokong Presiden Donald Trump menyerbu Bangunan Capitol di Washington dengan kandungan filem The Purge yang sedang trending sekarang.

Dia menekankan mengapa sekatan dan panduan filem diperlukan, seperti bagaimana Malaysia mengenakannya. Pandangan Janna tidak disambut baik oleh netizen. Penggemar filem mula menunjukkan rasa marah dan keliru dengan kenyataannya.

Walaubagaimanapun, Janna tidak terasa dengan kecaman dan serangan warganet di Twitter yang tidak bersetuju dengan pendapatnya terhadap industri filem dan drama tempatan.