Sunday, June 22, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Sempena Dengan Hari Lahir Ke-42, Ini Permintaan Siti Nurhaliza

by Khai Azfar
January 11, 2021
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari ini, penyanyi kesayangan ramai Dato Sri Siti Nurhaliza telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-42. Sama seperti tahun sebelum ini, beberapa stesen radio tempatan seperti Hot FM, telah mengambil kesempatan untuk memainkan lagu-lagu popular Siti sepanjang zaman bermula seawal jam 6 pagi.

Siti Buat Permintaan Khas

View this post on Instagram

A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, pelantun 7 Nasihat ini berterima kasih buat stesen radio yang membuat slot khas memutarkan lagu-lagunya. Malah buat julung kalinya, Siti telah membuat satu permintaan khas dengan memohon kepada stesen-stesen radio memutarkan lagu Basyirah yang ditujukan khas buat para frontliners yang ketika ini sedang bertungkus lumus membantu negara mencegah penularan wabak penularan COVID-19.

“Saya berterima kasih kepada stesen-stesen radio yang memutarkan lagu-lagu saya dengan slot khas bermula pagi ini.

“Jika tidak keberatan, saya mohon agar dapat diputarkan lagu Basyirah dari album #ManifestaSITI2020. Lagu yang saya lancarkan sekitar 6 bulan lalu, di mana kita bertungkus lumus menentang Covid19 serta penghargaan saya kepada frontliners serta semua yang sedang berjuang tidak kira sesiapa sahaja”

“Semoga Basyirah atau khabar gembira akan mengiringi kita semua dan kita akan menang.Terima kasih kepada semua yang terlibat memberi bantuan, bekerja membantu mangsa banjir di semua negeri yang terlibat”

“Kita terus berdoa agar negara kita akan dilindungi Allah dan dijauhkan musibah yang lebih teruk lagi”

“Ini doa hari lahir saya. Semoga kita semua dipermudahkan dalam setiap cabaran yang Allah uji. Terus kuat!” pinta Siti

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Trending Di Twitter

Dalam pada itu, menerusi carian Murai.my turut mendapati di laman Twitter ketika ini sedang trending #HappyBirthdaySitiNurhaliza yang mana rata-rata peminat mengambil kesempatan dengan mendoakan kesejahteraan serta mendedikasikan ucapan hari lahir buat Siti. Selamat Hari Lahir Dato Sri Siti Nurhaliza dari kami di Murai.my!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Happy Birthday Siti Nurhalizasiti nurhaliza
https://lomp.at/i3oj5
Share18Tweet11SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem