Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang bimbang dengan pengumuman Perdana Menteri pada hari ini (11/1)mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tetapi, itu tidak bermakna kita semua harus kembali panik seperti dahulu.

Halaman Facebook We Are Malaysia memuatnaik sebuah posting terkini yang memaparkan permandangan di beberapa buah pasar raya besar di Pulau Pinang. Mengejutkan apabila melihat orang ramai membuat pembelian panik (panic buying) membeli barang keperluan dan bahan makanan sebelum Perdana Menteri mengumumkan sesuatu pada hari ini.

IKLAN

Dalam foto-foto itu, dapat lihat mereka memakai topeng pelitup muka dengan baik mengikut peraturan yang telah ditetapkan, namun kesesakan yang berlaku amat membimbangkan. .

Bagi mereka yang ingin berbelanja barangan runcit, kami menggesa anda untuk mengelak ke pasar raya besar yang sesak untuk keselamatan anda sendiri dan untuk keselamatan orang-orang di sekitar anda.

Kami benar-benar berharap agar semua pembeli mengikut SOP yang ditetapkan, seperti jarak fizikal, mengenakan topeng muka, dan mendaftar masuk dengan aplikasi MySejahtera. Andai kata PKP dilaksanakan semula, jangan risau, kita masih lagi boleh ke pasaraya untuk membeli barang keperluan.