Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Safiey Ilias Titip Kata Semangat Buat Sajat, Akui Turut Alami Tekanan Perasaan

by Khai Azfar
January 15, 2021
Share on Facebook

Usahawan kosmetik , Safiey Ilias menerusi laman Instagram akui pernah mengalami tekanan perasaan dan pelbagai penyakit lain berkaitan dengan mental.

Alami Tekanan Perasaan Selama 5 Tahun

Menurut Safiey, dia telah melawan kesemua penyakit ini selama 5 tahun dan akui sedang mengambil ubat yang mana pada bulan ini merupakan bulan terakhir dia bergantung padanya.

Tegas pemilik Safiey yang turut menggelarkan dirinya sebagai ratu, ramai orang telah salah faham kerana penyakit mental memerlukan ubat dan bukanlah hanya sekadar menyuruh mereka yang tergolong dalam penyakit ini dengan hanya solat dan mengaji.

“5 tahun ratu lawan sakit ini . Major Depression,anxiety, panick attack, bipolar, skizofrenia dan macam-macam lagi. Malas nak tulis.Tapi semua ini adalah penyakit mental illnesses”

“Bulan ini ratu last dipantau doktor untuk pengambilan ubat , jika this month semua okey, bulan depan ratu dah tak payah bergantung dengan ubat. Ratu happy sebab akhirnya ratu dapat lawan sakit ini”

“Orang ramai salah anggap. Ini adalah penyakit, penyakit perlukan ubat. Tak habis-habis isu suruh mengaji dan solat. Ia dua benda berbeza.Kalau kawan awak patah tulang, awak suruh jumpa doktor bukan suruh dia solat atau mengaji. Mental illnesses bukan perkara main-main. Ratu bersedia dan tak segan silu nak share macam mana nk lawan dan berhadapan dengan rakan yang ada sakit ini” tulisnya

Sajat Berterima Kasih

Terdahulu, Safiey sempat meninggalkan komen kata-kata semangat buat sahabatnya, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman apabila usahawan sensasi itu akui sedang berada dalam tekanan selepas dikecam oleh pengguna media sosial berikutan pendedahannya mengenai penahanan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini. Safiey yang berkongsi pendedahannya di laman Instagram turut disusuli dengan ucapan terima kasih oleh Sajat.

“Thank you dik”, komen Sajat ringkas

Dalam pada itu, rata-rata warganet turut meninggalkan pelbagai persepsi komen mengenai pendedahan oleh Safiey selain ada diantara mereka menasihati Safiey dan Sajat untuk bermuhasabah diri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nur sajatNur Sajat Safiey IliasSafiey Ilias
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara