Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Shuib Dedah Sebab Berehat Seketika Dari Dunia Seni

by Khai Azfar
January 19, 2021
Share on Facebook

Penyampai radio dan pelawak, Shuib Sepahtu mengesahkan bahawa dia akan berehat seketika daripada dunia seni sejurus pengundurannya daripada stesen radio Hot FM pada minggu ini.

Nafi Berundur Kerana Kontroversi 

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, keputusan itu dibuat kerana ingin memfokuskan terhadap perniagaanya, BubbleBee yang kini semakin maju dan menafikan kononnya kontroversi lalu punca mengapa dia berbuat demikian.

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Malah Shuib berkata, agak ‘berat’ untuk dia meninggalkan Hot FM kerana dia menyifatkan mereka sebagai keluarga dan sering mengambil berat terhadapnya.

“Saya jumpa Seelan Paul dan beritahu yang saya tak nak sambung kontrak. Kalau ikutkan memang kontrak akan disambung.”

“Bercakap mengenai kontroversi, ketika itu Seelan boleh Whatsapp beritahu saya untuk bertenang dan kalau saya perlukan seseorang untuk bercakap,dia ada. Mereka terlalu ambil berat pasal saya”

“Alhamdulillah,sepanjang dua tahun tak pernah turun, rating sentiasa naik dan tahun pertama adalah survey yang mana segmen kami merupakan yang paling tinggi naik” dedah Shuib kepada Murai.my

Berehat Dari Sepahtu 

Dalam pada itu juga, Shuib juga mendedahkan bahawa dia akan turut berehat seketika daripada kumpulan Sepahtu dan tidak mempunyai sebarang masalah peribadi diantara ahli kumpulan Sepahtu yang dianggotai Jep, Rahim dan Pak Ya.

“Mana ada perselisihan faham. Kita cuti, berehat sekejap”

“Semua okay. Jangan risau sampailah ke pengurusan semua”

“Saya memang dah buat keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan termasuk dengan kumpulan Sepahtu sekali”

“Namun, keputusan ini dibuat bukanlah kerana kontroversi yang melibatkan diri saya sebelum ini” katanya lagi

Difahamkan, Shuib akan bersiaran buat kali terakhir di Hot FM Geng Pagi Hot (GPH) bersama Shuk dan Fizi pada Jumaat ini. Shuib telah mula berkhidmat bersama stesen radio itu pada bulan Februari 2019 selepas tamat kontrak bersama stesen radio Sinar FM selama dua tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bekas penyampai radio hotfmShuib Sepahtu
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

  5. 5

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara