Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Vanessa Reynauld Diramal Antara Bintang Menyinar 2021!

by Khai Azfar
January 21, 2021
Share on Facebook

Makin mencipta nama selepas meraih perhatian menerusi program The Masked Singer Malaysia (TMSM), Vanessa Reynauld terus mengorak langkah sebagai penyanyi. Menyarung kostum Rajah Brooke dalam program itu, gadis berusia 20 tahun terbabit kini muncul dengan lagu baharu berjudul Putus.

Vokal Vanessa Pukau Ramai Peminat

Meskipun kecundang kepada Aina Abdul yang muncul sebagai juara program itu, tidak dinafikan, vokal penyanyi kelahiran Klang, Selangor ini cukup memukau apalagi mendendangkan lagu berentak balada. Bukan setakat merdu, bahkan kelunakan suaranya menjadi kelebihan untuk menyuntik jiwa dalam setiap lagu dinyanyikan sekaligus menjadikan nama Vanessa sebagai antara yang disebut-sebut sebagai bintang yang bakal menyinar pada tahun 2021.

Ciptaan Farouk Dan Amylea 

Demikian juga untuk lagu Putus ciptaan komposer tersohor, Farouk Roman dan lirik ditulis Amylea Azizan ini yang jelas menyerlahkan kemantapan laras vokal Vanessa. Meskipun ceritanya bukanlah ditulis mengikut pengalaman penyanyi itu sendiri, bukan penghalang kepada penyampaian yang cukup mendayu daripada Vanessa.Mana tidak, dia sendiri merasakan kesakitan dialami pasangan bercinta dalam lirik lagu ini.

Difahamkan, lagu Putus juga adalah antara runut bunyi untuk drama Takdir Yang Tertulis arahan pengarah tersohor, Shahrulezad Mohameddin. Drama dibintangi Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, dan Alvin Chong itu bakal mengisi slot Samarinda TV3 bermula pada Januari 2021.

“Putus mengisahkan pasangan bercinta yang menempuh turun dan naik dalam hubungan mereka. Lagu Putus ini bercerita mengenai hubungan yang sudah tawar dan sangat toksik. Ini disebabkan sebelah pihak melakukan sesuatu hal yang mengakibatkan mereka berdua sudah tidak boleh bersama meskipun masih saling mencintai”

“Apa yang saya nak pendengar belajar daripada lagu ini adalah sekiranya terperangkap dalam hubungan toksik, jangan teruskan. Hal itu hanya menambah derita sendiri semata-mata kerana percaya masih sayangkan dia dan tidak mungkin bertemu yang lebih baik. Tinggalkan saja kerana kamu berhak mendapat seseorang yang jauh lebih menghargai,” katanya.

Meskipun tidak terbabit langsung dengan penulisan lagu itu sendiri, baginya tugas sebenar perlu digalasnya adalah tidak lain untuk mendalami serta menjiwai karya berkenaan.

“Untuk lagu ini, tanggungjawab saya hanya untuk menyanyikan saja dan tidak terbabit pun dalam proses pembikinannya. Lagu ini memang sudah siap terlebih dulu sebelum diberikan kepada saya. Saya dengar, belajar melodi, dan rakam lagu. Proses rakaman mengambil masa selama dua hari.

“Saya cuma belajar plot cerita dalam lagu ini dan menyampaikan dengan pengalaman yang pernah saya lihat sendiri dalam perhubungan orang lain. Saya sendiri tidak pernah melalui pengalaman sebegini,” katanya lagi

Akui Berdepan Cabaran 

Vanessa juga tidak menafikan semestinya berdepan cabaran tertentu untuk melunaskan lagu ini. Menurutnya, bahagian paling susah dalam Putus adalah untuk menyampaikannya dengan sepenuh jiwa. Ini kerana ia membawa maksud yang sangat berat manakala dirinya sendiri tidak pernah mengalami kisah cinta begitu.

“Saya dapat salurkan kesedihan itu menerusi pengalaman melihat sendiri hubungan orang terdekat. Agak mencabar jugalah memandangkan ia bukan daripada pengalaman sendiri. Memang susah untuk saya memberi corak emosi yang tepat namun tetap berusaha menyanyikan Putus sebaiknya,” tambah Vanessa

Sebagai info, Vanessa mula mencuri perhatian dalam bidang seni suara selepas mewakili Malaysia dalam pertandingan Water Cube Cup Worldwide Chinese Singing Competition di Beijing, China di mana dia mendapat naib juara. Penyanyi ini turut mencuba nasib dalam pertandingan Astro Ceria Megastar.

YouTube video

Tidak ketinggalan, pembabitannya dalam program TMSM begitu membuka mata lebih ramai peminat hiburan tempatan dengan kemantapan vokalnya dan dia berjaya mendapat naib juara. Corak nyanyiannya yang bertaraf antarabangsa turut mendapat perhatian ramai pengikutnya di media sosial. Dengan jumlah pengikut lebih 74,000 di Instagram, dia kini turut popular di TikTok. ‘Putus’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

Vanessa Reynauld
https://lomp.at/tkyhy
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara