Friday, February 3, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Musik

Ibu Terharu, Pelakon MV Berjaya ‘Jadi’ Arwah Sandra Dengan Baik

by Khai Azfar
January 21, 2021
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, selepas lagu Lepaskanlah penyanyi Allahyarhamah Sandra Dianne masih mempunyai sebuah lagu single sebagai hadiah dan kenangan buat peminatnya.

Sandra Terlalu Istimewa 

Meskipun belum sempat menyanyikan lagu ini di hadapan tontonan, namun bagi pencipta dan komposer lagu ini Jonathan Tse dan Mohariz Yaakub, mereka tetap ingin melancarkan lagu yang diberi judul ‘Sandra’ kerana menyifatkannya terlalu istimewa. Mengenai lagu Sandra, Allahyarhamah sendiri jatuh cinta dan mahukan lagu ini ketika pertama kali mendengarnya biarpun Jonahthan dan Mohariz belum menetapkan siapakah yang membawakan lagu ini.

“Lagu ini saya cipta bersama Mohariz tanpa menetapkan siapa penyanyi tepat pada asalnya. Sebaik Sandra mendengarnya, dia terus jatuh cinta dan mahukan lagu ini. Kami pun memang tahu kualiti nyanyiannya dan bersetuju memberinya kepada Sandra. Tidak sangka, dia berjaya menyuntik magis sendiri dalam nyanyian, bahkan dia menambah elemen uniknya,” kata Jonathan yang mendapat inspirasi lagu ini daripada kisah pemergian Arwah Ashraf Sinclair

Ibu Terharu 

Dalam pada itu, buat ibu Arwah Sandra yang dikenali sebagai Nur Syakinah berkata dia terkejut dan terharu kerana tidak menyangka anak kesayangannya itu masih mempunyai kenangan untuk dikongsi buat mereka. Malah ketika pertama kali menonton video muzik Sandra yang diadakan secara virtual semalam, kelihatan Syakinah mengalirkan airmata buat seketika.

Jelas Syakinah, dia berasakan seolah-olah Sandra ‘masih ada’ bersamanya kerana pelakon yang membawakan watak Sandra secara ‘silhouette’ dalam video muzik tersebut berjaya melakonkannya dengan begitu baik.

“Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada individu yang membawa watak Sandra dalam video muzik tersebut. Dia berjaya membawa watak arwah dengan baik.

“Lenggok badan dan cara dia libas rambut itu seolah-olah memang arwah. Saya tak boleh fokus tempat lain, hanya fokus kepada dia sebab membayangkan arwah seperti ada” kata Syakinah kepada Murai.my secara virtual pada petang Rabu

Dalam pada itu, dedah Syakinah keadaan dan perasaannya kini lebih stabil berbanding pada awal pemergian arwah pada tahun lalu. Meskipun jasadnya sudah tiada, namun Syakinah berkata dia sudah merancang pelbagai aktiviti dan amal jariah buat anaknya itu.

“Alhamdulillah. saya dah move on dan bersyukur sebab ramai orang di sekeliling yang memberi semangat terutama ahli keluarga dan peminat arwah Sandra”

“Saya ada buat beberapa perancangan untuk bekalan arwah. Setakat ini, ada menjual baju t-shirt dan notebook arwah di laman sosial dan hasil jualan tersebut dibuat sebagai wakaf,” tambahya lagi

Sebagai info, bekas peserta Big Stage 2020 ini meninggal dunia pada 11 September lalu selepas enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya selepas terbabit dalam kemalangan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Muzik Video ‘SANDRA’ telah pun dilancarkan pada 20 Januari 2021 di Vevo dan Youtube rasmi (Sandra Dianne Official) untuk tontonan umum. Muzik video itu turut menampilkan kumpulan Here Comes July sebagai penampilan khas di dalam Muzik Video itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Sandra Dianne
Share9Tweet6SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Peminat Mohon Asmidar Sertai Gegar Vaganza Pada Tahun Ini- “Nak Dengar Sis Nyanyi Lagi”
Musik

Peminat Mohon Asmidar Sertai Gegar Vaganza Pada Tahun Ini- “Nak Dengar Sis Nyanyi Lagi”

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman
Musik

Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

by Phic ARMAN
January 29, 2023
Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics
Lokal

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics

by Aphit J.
January 28, 2023
Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival
Lokal

Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival

by Aphit J.
January 28, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  3. 3

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  4. 4

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

  5. 5

    “Janji Jangan Ambil Hak Orang”- Bekas Isteri Pelawak Chot Titip Ucapan Buat Nad Zainal

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan