Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Wow Cantiknya! Jom Layan ‘House Tour’ Datin Seri Syafiqa Melvin

by Jash Lee
February 13, 2021
Share on Facebook

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan keluarga ‘The Melvin‘ bukan? Lagi-lagi dengan selebriti empat beradik yang ‘gila-gila’ yang menjadi idola dan kesayangan ramai ini. Anak sulung keluarga Melvin ini iaitu Datin Seri Siti Nur Syafiqa atau lebih mesra disapa sebagai Kak Long, diikuti dengan anak kedua iaitu Siti Nur Syatilla atau lebih dikenali sebagai Syatilla Melvin, seterusnya Nur Syifa Athirah atau Syifa Melvin dan Siti Nur Syida atau lebih dikenali sebagai Syida Melvin.

Mereka berempat sentiasa mencuri tumpuan peminat dek kerana keakraban mereka dan kejayaan mereka dalam perniagaan yang mereka jalankan yang diberi nama Kekasih by The Melvins.

via kopiplanet.com

Keempat-empat selebriti ini juga sering berkongsi aktiviti mereka dalam saluran youtube mereka sendiri dengan nama The Melvins.

Apa yang menarik perhatian kami ialah melalui saluran youtube tersebut, Syafiqa Melvin atau Kak Long yang telah berkongsi bersama peminat mengenai ruangan di dalam rumahnya menerusi segmen ‘house tour’. 

Video ini juga telah menarik perhatian peminat apabila melihat gelagat 2 orang anaknya yang turut sama untuk menunjukkan ruangan di dalam rumah mereka dan cara dua beradik itu memulakan segmen tersebut. Mereka juga memegang satu peraturan di dalam rumah iaitu “tidak boleh makan di atas karpet”, sangat comel!

Pada ruangan komen, ramai peminat yang memuji akan kelincahan dan keletah anaknya bercakap dan mereka juga memuji cara Kak Long mendidik kedua-dua anaknya.

Menerusi video yang berdurasi lebih dari 10 minit itu, Kak Long ada menyatakan bahawa beliau suka akan konsep English style yang sangat minimalis dan berwarna putih. Menurutnya lagi, mereka adik beradik sebenarnya tinggal berhampiran namun rumahnya sering menjadi ‘port’ untuk mereka berempat melepak, berborak dan sebagainya.

Jom kita tengok ‘house tour’ dari Syafiqa Melvin. Selamat menonton!

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
housetour rumahartis artisgilagila themelvinfamily syafiqmelvin
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  3. 3

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  4. 4

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  5. 5

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara