Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Gabungan Hebat! Nur Fatima & Kayda Tampil Single Duet Bersama

by Khai Azfar
February 4, 2021
Share on Facebook

Penyanyi serta penulis lirik, Nur Fatimah Abdul Wahab atau lebih dikenali dengan panggilan Nur Fatima, kini kembali menghangatkan industri muzik tanah air setelah memenangi tempat ke-4 dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-6.

Kagum Dengan Kayda 

Menariknya, bukan sahaja berunsurkan rancak malah single terbaharu diberi judul ‘Galeri’ ini menampilkan artis rap Malaysia, Kayda.

Difahamkan lagu ini turut mendapat sentuhan hebat komposer-komposer tanah air seperti Omar K, Audi Mok, Altimet, Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga.

“Ia mengisahkan tentang seseorang yang telah berpisah daripada pasangannya dan sedang dalam proses untuk move on, akan tetapi percampuran emosi yang dihadapinya menyukarkan proses tersebut apabila menatap gambar-gambar mereka ketika bersama di sosial media ibarat sebuah galeri, membangkitkan memori silam.”

“Meneruskan kehidupan setelah berpisah adalah sesuatu yang sukar tetapi perlulah redha dengan apa yang terjadi dan belajar daripada perpisahan tersebut” kata Nur

Berbanding dengan lagu-lagunya sebelum ini, dalam Galeri juga Nur membawa kelainan dengan membawakan genre balada pop dengan elemen hip-hop yang disampaikan oleh Kayda kerana menyifatkan anak kepada penyanyi popular Datuk Sheila Majid itu mempunyai suara rap yang bagus, bertenaga dan sekaligus membawa aura yang lebih moden kepada lagu ini.

Ambil Masa Dua Minggu 

Difahamkan, proses rakaman, suntingan dan adunan yang mengambil masa selama 2 minggu telah dilakukan di Studio Enormus milik komposer Omar K.

“Memandangkan Nur dan Omar K pernah bekerjasama sebelum ini, jadi agak senang dan cepat proses rakaman tersebut dijalankan kerana beliau sudah tahu tahap kemampuan dan kebolehan suara Nur dari segi skala vokal dan stail nyanyian, selain dapat berkenalan dengan komposer-kompser baru yang muda dan berbakat menjadikan ia sebuah pengalaman manis”

“Kami (Nur dan Kayda) melakukan proses rakaman ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang berlangsung sebelum Nur pulang ke pangkuan suami di Australia, sambil mematuhi SOP yang ditetapkan dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar” katanya

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkenalkan, banyak aktiviti-aktiviti seni terpaksa di hentikan, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat Nur untuk terus berkarya.

“Nur masih lagi aktif dengan latihan nyanyian di studio di rumah selain mencari ilham dan mengumpul material untuk lagu baru.”

“Selain aktiviti fizikal seperti bersenam, melakukan yoga dan mendaki, Nur mempunyai binatang peliharaan iaitu burung bernama Koa yang sangat pintar dan menghiburkan” dedah Nur

Lagu ‘Galeri’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music. Manakala video muzik lagu ‘Galeri’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube.

YouTube video

kaydanur fatimaNur Fatima Kayda
https://lomp.at/rrsex
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Indonesia

PETERPAN Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert ‘The Journey Continues’ Pada 11 Julai Ini

by Naddy Joe
April 28, 2026

Selepas mencetuskan fenomena besar di Indonesia menerusi penganjuran “The Journey Continues” oleh Aloka, satu gelombang nostalgia baharu kini bersedia untuk...

Read moreDetails
Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara