Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Setelah 6 Tahun, Wany Hasrita Dedah Sebab Bergelar Penyanyi

by Khai Azfar
February 6, 2021
Share on Facebook

Selepas meniti populariti, penyanyi Wany Hasrita menyifatkan tahun 2021 adalah tahun kebahagiaan buat dirinya sejak muncul dalam industri 6 tahun yang lalu.

Memori Berkasih Titik Kejayaan Wany 

Mungkin ramai yang terlepas pandang, kemunculan Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany binti Hasbullah di dalam industri hiburan dimulakan dengan single duet Memori Berkasih dalam Bahasa Malaysia dan Korea yang dinyanyikan bersama penyanyi berasal dari Korea,Kim Dong Gyun sebelum single single solo pertama, Menahan Rindu berjaya menempatkan namanya hingga ke tahap sekarang.

“Saya memang takkan lupa lagu Menahan Rindu kerana lagu ini telah merubah kehidupan saya, dan lagu ini benar – benar berhantu.Sampai ke hari ini walau kemana -mana saya buat persembahan, penonton akan minta saya nyanyi lagu ini walaupun ada lagu lain yang popular.Dan kerana lagu ini saya berada di pentas AJL 32” kata Wany

Enggan Mendongak Ke Langit

Bercakap mengenai pencapaiaannya yang telah merakamkan 18 buah lagu termasuk lagu raya dan lagu duet serta sebuah lagu istimewa ciptaan Allahyarham Pak Ngah, Ewah Ewah, bagi Wany dia enggan mendongak ke langit meskipun telah meraih beberapa anugerah besar termasuklah bergelar Bintang Paling Popular tidak lama dahulu.

Jelas Wany, segala apa yang dilakukan pada hari ini termasuklah bergelar sebagai penyanyi adalah kerana ingin membahagiakan ibu tercinta yang banyak berkorban buatnya.

“Saya adalah saya.Biarpun setinggi mana pun saya terbang, InsyAllah saya akan tetap membumi. Syukur sebab saya ada ibu yang selalu ingatkan saya supaya selalu bersyukur dan jangan lupa diri. Saya memang selalu bersama ibu, dan bagi saya ibu adalah segalanya. Salah satu tujuan saya melangkah ke dalam industri hiburan ini juga selain kerana minat, saya berazam untuk membahagiakan ibu”

“Sebelum saya menjadi penyanyi, saya pernah melalui hidup susah bersama ibu, tambahan pula sewaktu ibu diberhentikan kerja, waktu tu walaupun susah saya tengok wajah ibu tenang je dan selalu bagi saya kekuatan. Dan dari situlah saya berazam saya takkan sia-siakan peluang apabila di tawarkan oleh FMC Music. Alhamdulillah saya sangat berterima kasih kepada FMC Music kerana percaya bakat saya walaupun ketika itu saya bukan siapa siapa dan tidak dikenali”

“Tahun ini saya dah tak nak fikir yang sedih sedih, saya nak teruskan langkah dan takdir yang Allah aturkan ini untuk saya terus kecapi dan kejar kebahagiaan bersama ibu dan insan-insan yang saya sayang. Dah taknak fikir yang negatif dan saya nak terus berjaya” luah Wany

Lancar Lagu Baru Hari Ini 

Bercakap tentang perkembangan terkini kerjaya, Wany akan melancarkan single solo terbaru berjudul Cinta Khayalan ciptaan Farouk Razak dan Amelia AF pada hari ini.

“Cinta Khayalan merupakan lagu yang paling berat dan susah untuk saya rakamkan, kerana lagu ini memerlukan emosi yang kuat selain perlu fokus pada vokal. Dan ini pertama kali saya merakamkan lagu yang memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. 4 kali saya ke studio rakaman bagi memastikan hasil lagu ini betul- betul mencapai tahap yang dikehendaki oleh pencipta lagu ini -Amelia dan Farouk”

“Memang agak mencabar kerana lagu ini sebenarnya saya rakamkan sewaktu bulan puasa tahun lalu. Bayangkan struggle nya saya untuk siapkan lagu ini kerana bulan puasa sudah tentunya tenaga juga berbeza berbanding bulan lain. Namun saya sangat puas hati kerana pengorbanan saya berbaloi”

“Lagu ini berat dan sangat mendalam maksudnya, saya rasa sangat gembira kerana saya telah melangkah setapak ke hadapan dan saya rasa saya telah berjaya mencabar diri saya untuk keluar dari zon yang selesa dan nyanyi lagu yang biasa saya nyanyikan. Jujur saya kata kan saya jatuh cinta dengan lagu ini.

“Kalau anda tak percaya dengar dan hayati sendiri lagu ini. Dan saya mohon anda semua menjadi juri serta tidak teragak agak memberi komen tentang lagu dan cara nyanyian saya. Saya rela dikritik demi kebaikan kerjaya saya, tetapi kritik tentang lagu je tau.bukan tentang kisah peribadi” tambah Wany berseloroh

Muzik Video Cinta Khayalan boleh ditonton di saluran Youtube FMC Music dan di seluruh platform digital mulai jam 8 malam ini, 5 Februari 2021

[VIDEO] Peminat Terharu Lihat Wany Hasrita Sanggup Menyanyi Dalam Hujan...-"We Love U"
wany hasrita
https://lomp.at/sgnmf
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara