Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kutip Duit Dalam Gelas, Benarkah MV ‘Sepi’ Dari Pengalaman Perit Hidup Aina Abdul?

by Phic ARMAN
February 9, 2021
Share on Facebook

Penyanyi, Aina Abdul, kini terus menuju ke puncak kejayaan apabila telah melancarkan lagu single terbaru berjudul ‘Sepi’.

Lagu ini telah dilancarkan sekali dengan Muzik Video (MV) di laman Youtube peribadi Aina. Sama seperti lagu sebelumnya, Sumpah, Semalam, dan kini ‘Sepi’ tetap menjadi hit malah mendapat sambutan positif dari peminat. Rata-rata memuji mesej yang disampai kan dalam MV yang begitu meruntun hati peminat.

Babak Kutip Duit Dalam Gelas

YouTube video

Pada minit 3.31 dalam MV tersebut, terdapat satu babak di mana, Aina dilihat menyanyi di sebuah kelab malam dan mengutip duit dari dalam gelas selepas habis membuat persembahan. Babak ini begitu menyentuh hati  sehinggakan  mampu menitiskan airmata penonton.

Apa yang yang menjadi persoalan, adakah kisah ini benar-benar dari pengalaman hidup Aina sendiri sebelum dikenali dalam industri hiburan.

“Alhamdulillah, satu lagi buah tangan Aina lahir, berjudul Sepi. Hati ini sebak sangat kerana akhirnya Aina dapat kongsi karya yang perjuangkan perjalanan karier seni Aina yang mungkin tak ramai tau. Bila orang tanya aina dulu, ‘Mana Aina menghilang?’ Aina ada jerrrr kat sini. But above all, this song is for all the fighters and survivors kat luar sana yang dah kerja keras dalam hidup anda..You are LOVED and APPRECIATED ! semua kerja keras itu akan berbaloi. Itu mesej Aina dalam lagu ini..”-katanya di laman Youtubenya.

Pernah Menyanyi  Di Kafe

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Bercerita tentang isi lagu berkenaan, Murai MY pernah mendengar perkongsian Aina kepada media sebelum ini. Difahamkan, dulu bakatnya kurang diterima di aliran semasa dan dia pernah menyanyi di kafe demi meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian.

Dalam MV ini, Aina menyanyi di kelab malam untuk dapatkan duit sara hidup. Melihat kepelbagaian tetamu yang hadir namun dia tetap terus bersemangat menghiburkan penonton tanpa merasa mengalah.

“Takkan Pernah Aku Mengalah Kecewa
Biar Gelita Badai Melanda
Tak Terhapus Perit Jiwa
Ku Berserah
Teguh Berdiri Dan Terus Bermimpi”- antara bait-bait lagu Sepi.

Adakah jalan cerita MV ‘Sepi’ ini dari kisah benar? Hanya pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani sahaja yang tahu. Lagu dan MV ini penuh maksud tersurat dan tersirat. Bagaimana Aina cekal berusaha membina nama beliau yang mulanya tak diendah bakat nya. Namun kini beliau dikenali dengan bakat dan suara yang lantang.

Kemunculannya di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34), benar-benar membuka mata banyak pihak bukan saja di dalam, bahkan di luar negara.

‘Saya perlu mengalami kesakitan, supaya orang lain dapat merasakan kesakitan saya’ – Aina Abdul”-katanya dalam salah satu posting di Instagram dalam mempromosikan lagu Sepi.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Lagu ‘Sepi’ dicipta oleh Aina dan Sarry Khaled, manakala lirik pula juga ditulis sendiri oleh Aina bersama Wan Zakaria.  Lagu  ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula hari ini 9 Februari 2021.

[VIDEO] Ramai Puji 'Kritikan Pedas' Aina Abdul-"Yang Ini Aku Sokong!"
aina abdul
https://lomp.at/81rkz
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara