Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Aliff Aziz Teruja Pertama Kali Atas Pentas Bersama Isteri, Dedah Bakat Terpendam Bella Astillah

Koreografi mereka hanya mengambil masa selama dua hari untuk dipersiapkan.

by Khai Azfar
January 4, 2022
Share on Facebook

Penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza 8 (GV8), Aliff Aziz tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja nya apabila dapat membuat persembahan bersama isteri tercinta yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah pada konsert GV8 minggu ketujuh.

Pertama Kali Beraksi Bersama Bella Di Atas Pentas 

foto via Astro-Azrul Rafie

Menurut Aliff, ini adalah kali pertama mereka bergandingan di atas pentas yang sama dan bersyukur segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Saya gembira dengan persembahan saya apatah lagi isteri pun turut sama dalam persembahan, Alhamdulillah dan saya sangat gembira” kata Aliff

Bella Miliki Bakat Terpendam 

foto via Astro-Azrul Rafie

Mengulas lebih lanjut mengenai kejutan yang menampilkan Bella sebagai penari latar, idea tersebut muncul apabila dia terfikirkan sesuatu yang menghiburkan di atas pentas dan mempelawa isterinya itu untuk turut bersama.Dedah Aliff lagi, Bella juga mempunyai bakat menari sejak kecil lagi dan koreografi mereka hanya mengambil masa selama dua hari untuk dipersiapkan.

“Sebenarnya Bella memang seorang penari sejak dari sekolah lagi bersama rakan-rakannya. Ada menari tradisional dan kontemporari jadi minggu ini bertemakan lagu laju dan rancak, tiba-tiba terfikir macam apa akan jadi kalau kita berhibur di atas pentas dan bergembira dengannya.

“Malah penari-penari itu pun sebenarnya ada kawan-kawan Bella juga dan secara tidak langsung tiada isu tiada keserasian dan sebagainya.

“Koreografi hanya siap dalam dua hari macam itu dan Bella pun cakap memang nak join sebab dia cakap bila lagi kita nak ada kesempatan.

“Ini adalah pertama kali kami bersama jadi saya sangat teruja dan saya berterima kasih kepada isteri saya kerana sporting serta sudi bersama saya untuk teruskan perjuangan dalam Gegar Vaganza” kata Aliff lagi

Aliff ditemui Murai.MY pada malam Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Dalam minggu ketujuh, Aliff yang menyanyikan lagu Pesan Cinta nyanyian asal Afgan berada di kedudukan kedua dengan perolehan markah sebanyak 71.90%.

[VIDEO] Bella Astillah Salam Tak Pandang Wajah Ibu Syed Saddiq, Timbul Persoalan Netizen..
YouTube video
Error happened.
aliff azizBella Astillah
https://lomp.at/0vryd
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara