Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Suami Nyaris Ditembak Arwah Bapa Isteri Pertama! Zarina Zainuddin Kongsi Kisah Rumahtangga

Dia turut mendedahkan hanya mempunyai seorang suami

by Naddy Joe
January 14, 2022
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin  membuat perkongsian mengenai detik perkenalannya bersama suami, Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar ketika dirinya berasa trauma untuk mendekati kaum lelaki.

Suami Jujur Kongsi Kisah Isteri Pertama

via MStar

Menurut Zarina, dia berkenalan dengan suaminya ketika berusia 22 tahun dan ketika itu suaminya jujur menceritakan kisah percintaan dengan isteri pertama yang diminati Raihan sejak di sekolah menengah.

“Di usia 22 saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula-mula bercinta dengan isterinya dari zaman isterinya tingkatan 2 lagi.

Dia cakap bukan senang dia nak rebut hati isterinya sampai nak kena tembak dengan arwah bapa isterinya dengan senapang patah. Last-last-last dia dapat juga kahwin. Cintanya memang mati dengan isterinya.”-Kongsi Zarina

Kahwin Tanpa Ada ‘Cintan Cintun’

Tambah Zarina, ketika Raihan meluahkan hasrat untuk melamarnya sebagai isteri, dia telah membuat permintaan untuk bertemu dengan bakal madunya itu untuk meminta persetujuan.  Susulan itu, mereka telah dipertemukan dan Zarina memuji sikap suaminya yang berani.

“Bila dia ajak saya kahwin, saya cakap bawak jumpa isterinya dulu..Dia berani bawak saya jumpa minta izin. he is a gentleman..Walau saya kahwin tanpa cintan cintun tapi dia tak pernah mensia-siakan saya.”- dedahnya lagi

Hanya Ada Seorang Suami

Selain itu, Zarina  beranggapan perkahwinannya yang kini sudah berusia 28 tahun sebagai bukan tempoh masa yang sedikit. Malah, dia turut mendedahkan hanya mempunyai seorang suami sejak dirinya berumur 22 tahun sehingga kini, meskipun ada pihak yang mempersoalkannya.

“28 tahun bukan masa yang sedikit. Orang banyak tanya itu suami kedua awak ke. Itulah suami saya dari umur saya 22 tahun lagi sehingga kini 51 tahun.” katanya

View this post on Instagram

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
zarina zainuddin
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara