Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Suki Low Sebak, Mohon Maaf Kepada Peminat

Lagu tersebut telah mengingatkannya kepada seorang insan yang bermakna buat dirinya dan keluarga

by Khai Azfar
January 19, 2022
Share on Facebook

Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) Suki Low, akui tidak dapat membuat persembahan dengan begitu baik ketika mendendangkan lagu Tanpa Kekasihku nyanyian asal Agnez Mo.

Emosi Suki Terganggu 

Menurut Suki, bait lirik lagu tersebut serta emosi yang bermain difikiran ketika itu sedikit sebanyak telah mengganggu konsentrasinya. Malah, dedah pemilik nama sebenar Low Sook Yee ini, ia bermula sejak sesi latihan.

“Saya akui pemilihan lagu dan minggu ini agak sukar terutamanya lagu kedua kerana ia begitu berat dan beremosi. Setiap kali latihan pun saya akan tersedu. Saya dah cuba banyak kali dan banyak kali juga saya menangis” dedah Suki

Tambah Suki, dia tidak berniat untuk menghampakan peminat kerana begitu optimis sejak masuk ke dalam program realiti ini untuk membuat persembahan yang terbaik.

“Persembahan saya ketika di separuh akhir sangat beremosi kerana liriknya menggambarkan perasaan saya kehilangan seseorang yang sangat rapat dengan saya.Sebenarnya minggu ini ia seperti roller coaster untuk membuat persiapan persembahan dan saya boleh katakan tidak semuanya lancar.

“ Saya minta maaf kerana telah mengecewakan anda semua. Sudah tentu saya tidak mahu ia terjadi. Kalau ada salah dan silap sudah tentu saya yang bersalah sebab saya merupakan seorang individu yang inginkan terbaik kepada persembahan saya. Saya harap saya dapat lakukan yang terbaik masa peringkat akhir nanti” kata Suki lagi

Mohon Maaf 

View this post on Instagram

A post shared by Suki Low (@iamsukilow)

Kongsi Suki, lagu tersebut telah mengingatkannya kepada seorang insan yang begitu bermakna buat dirinya dan keluarga hinggakan terdapat beberapa aksi persembahan berlaku secara spontan, termasuk melutut ketika di pengakhirannya. Bagaimanapun, Suki memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan insan tersebut atas faktor peribadi.

“Aksi saya melutut itu bukan di dalam perancangan saya kerana saya patut berdiri sepanjang masa. Tetapi itu terjadi ikhlas dari hati saya dan saya berdoa untuk seseorang yang telah meninggalkan saya dan keluarga saya. Saya berharap dia akan menemui ketenangan disana dan berharap untuk bertemu dengannya suatu hari nanti.

“Saya minta maaf saya tidak dapat mendedahkan siapa individu tersebut kerana ia terlalu berat untuk kedua ibubapa saya tetapi dia amat rapat dengan keluarga kami” luah Suki sebak

Namun begitu, ketika ditanya apakah yang akan dirindui apabila GV8 bakal melabuhkan tirainya, Suki menambah persembahan bersama-sama rakan peserta serta keriuhan sorakan peminat antara kenangan yang akan terus tersemat di dalam sanubarinya,

“Keluarga GV8 ini juga antara sebab saya sebak. Sebelum ini bila ada peserta yang tersingkir, kami semua terasa seperti kosong. Tetapi itu adalah normal dan merupakan adat pertandingan.

“Yang paling penting saya harap selepas pertandingan ini kami akan terus saling berhubung. Semuanya berlalu dengan pantas. Saya sebenarnya jenis yang suka duduk di rumah jadi selepas ini saya akan merindui untuk ke PICC, buat persembahan di atas pentas yang sangat besar dan menyeronokkan, rakan-rakan serta media yang ramai macam ini” katanya menutup bicara

Suki ditemui Murai.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad. Selain Suki, lima finalis lain yang akan turut mara ke peringkat akhir adalah Aweera, Aliff Aziz, Azan Scan dan Adibah Noor.

Gegar Vaganza 2021suki
https://lomp.at/naui2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore