Peralihan sistem bayaran tol kepada Radio Frequency Identification (RFID) di lorong laluan SmartTag di seluruh plaza tol Malaysia yang bermula dari Pulau Pinang hingga ke Skudai Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mendapat pelbagai reaksi pengguna jalanraya di media sosial.
Mahu Kaedah Bayaran Tol Dipelbagaikan
Boleh dikatakan lorong laluan bagi sistem bayaran tol RFID kosong dan kurang kenderaan kerana rata-rata ramai rakyat Malaysia lebih senang menggunakan kad Touch n’ Go dan SmartTag.
Berikutan itu, ramai yang berkongsi pandangan mereka di media sosial dengan memberi cadangan bahawa kaedah pembayaran tol harus dipelbagaikan di setiap lorong laluan dan tidak hanya fokus kepada satu sistem pembayaran sahaja bagi lorong tertentu.
“Buka je lah semua jenis lorong. SmartTag, RFID, TnG, tunai lorong sendiri. Kenapa nak tutup salah satu lorong”
“Paksa pengguna abaikan SmartTag dan guna RFID segera adalah bod*h. Kenapa tidak buat guna KEDUA-DUA sekali atau sekurangnya ada satu lorong SmartTag untuk pengguna sedia ada” ciap mereka
RFID Tak Praktikal Patut Kekalkan Sistem Bayaran Tol Sedia Ada
Ada juga yang memberi pandangan bahawa kerajaan tidak seharusnya melupuskan sistem bayaran sedia ada, sebaliknya ia harus dinaik tarafkan. Bukan itu saja, ada yang menyoal penggunaan pelekat RFID tidak praktikal dengan harga yang tidak berpatutan menambahkan lagi rasa tidak puas hati rakyat.
“Kekalkan SmartTag adalah tindakan yang betul. Tak faham kenapa kena tukar ke RFID. Kad @MyTouchnGo kan memang boleh link dengan TnG e-Wallet”
“Cekik darah @MyTouchnGo . Dah suruh RFID RM35, nak pasang di fitment centre kena cas lagi RM15. Pasang sendiri dah 2 kali sekejap detect sekejap tak, dah membazir kena beli lain. Apa bende ni” ciap mereka lagi
Apa pandangan anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.