Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

[VIDEO] Pembayaran BUDI95 Lebih Mudah Dengan Tng eWallet- Begini Caranya…

by Nurul A.
September 26, 2025
Foto - Touch 'n Go

Foto - Touch 'n Go

25
KONGSIAN
Share on Facebook

Ada beberapa cara untuk melakukan pembayaran BUDI95 (atau rasminya BUDI MADANI RON95), tetapi bagi MURAI untuk pembayaran yang lebih cepat dan mudah sudah semestinya dengan menggunakan aplikasi Touch ‘n Go (TnG) eWallet!

Kenapa lebih mudah? Kamu tidak perlu lagi menunjukkan MyKad di pam atau kaunter walaupun sistem ini memerlukan cip MyKad yang berfungsi dengan baik untuk urusan pengesahan penerima.

Langkah-langkah pembayaran BUDI95 guna TnG eWallet

@touchngoewallet

⛽️Bayar. Imbas. Terus Gerak 🚗💨 Jom tengok video ni untuk tahu cara nikmati BUDI MADANI RON95 dengan TNG eWallet! Kenapa guna TNG eWallet untuk BUDI95? ✅ Satu app je untuk semua petrol stations terlibat, tak payah download banyak app. ✅ Tak perlu bawa MyKad fizikal, semua pengguna TNG eWallet dah verified. ✅ Terus pakai Setel di TNG eWallet, tak payah beratur kat Petronas. Semak kelayakan anda di TNG eWallet sekarang. Program akan dilancarkan secara berperingkat mulai 27 September. Orang ramai boleh guna bermula 30 September nanti! BUDI95 BayarScanGO BUDIMADANIRON95 RON95

♬ original sound – Touch ‘n Go eWallet – Touch ‘n Go eWallet

  1. Muat turun aplikasi TnG dari App Store atau Google Play dan daftar terlebih dahulu dengan masukkan nombor telefon serta cipta PIN 6-digit.
  2. Sahkan akaun (eKYC) dengan imbas MyKad dan ambil swafoto sebelum dihantar untuk pengesahan.
  3. Setelah disahkan, pergi ke skrin utama dan pilih ikon “BUDI95” (Jika tiada, cari “BUDI95” di ruangan ‘LAGI’).
  4. Tekan “BUY FUEL” dan sahkan lokasi stesen.
  5. Masukkan nombor pam dan jumlah minyak yang diperlukan.
  6. Bayar menggunakan baki eWallet dan dapatkan kod QR.
  7. Tunjuk kod QR di kaunter untuk pekerja stesen minyak sahkan dan pam dibuka untuk kamu isi minyak.

Peringatan: Pastikan baki eWallet kamu mencukupi sebelum membuat pembayaran.

@bhpetrol

Macam mana nak tebus manfaat BUDI95? Ada 3 cara yang korang boleh guna untuk tebus: ✅Tebus di Pam ✅Tebus di Kaunter ✅Tebus guna Touch ‘n Go eWallet Tak perlu pening-pening, tengok je video ni sampai habis 😁 Pembayaran di kaunter boleh dibuat menggunakan tunai, kad bank atau eWallet. Perlukan bantuan? Staff stesen BHPetrol sedia membantu anda 🧡 Untuk informasi lebih lanjut, boleh layari laman web dibawah ⤵️ 🔗 www.bhpetrol.com.my #BHPETROL #SAPOTLOKAL #THERIGHTCHOICE #BUDI95 #BUDIMADANIRON95

♬ original sound – BHPetrol.Malaysia – BHPetrol.Malaysia

Untuk pengetahuan semua, Selain daripada Touch ‘n Go eWallet, kamu juga boleh melakukan pembayaran melalui guna aplikasi Setel dan CaltexGo, melalui kaunter atau terus di pam minyak.

Bila tarikh pelancaran BUDI95?

Bagi penerima BUDI95, pelancaran subsidi ini bermula pada tarikh-tarikh yang ditetapkan secara berperingkat bagi memastikan sistem berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan:

  • Anggota tentera dan polis: Mulai 27 September 2025
  • Penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah): Mulai 28 September 2025
  • Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu aktif: 30 September 2025

Untuk maklumat lanjut dan sahih, pembaca MURAI boleh rujuk di https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/budi95-pastikan-penyasaran-subsidi-ron95-manfaat-rakyat. Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
budi madanibudi madani ron95budi95tng ewalletTouch n' Go
Share10Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara