Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

“Kenapa Ada Telefon Pada Rim Tayar?”- Netizen Hairan, Rupanya Mungkin Sedang Uji Fungsi Ini

by Phic ARMAN
August 26, 2026
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernah nampak sesuatu yang pelik di media sosial sampai kita sendiri terfikir, “Eh, dia tengah buat apa tu?” 

Itulah yang berlaku selepas sebuah video memaparkan seorang individu meletakkan telefon pintar pada bahagian tayar kereta ketika kenderaan sedang bergerak. Bukan sekadar diletakkan di atas kereta, tetapi betul-betul berhampiran bahagian roda yang sedang berpusing.

Sudah tentu aksi itu buat ramai netizen tertanya-tanya. Adakah ini trend baharu? Atau sebenarnya ada sesuatu yang sedang diuji?

Seorang pengguna di Threads turut meluahkan kekeliruannya dengan menulis, “??? 😭😭 explain pls, why is there literally a PHONE on his car wheel?? Am I missing some trend.”

Uji Fungsi Kamera Telefon Pintar?

telefon

Menariknya, ada netizen yang tampil dengan teori bahawa aksi tersebut mungkin bukan sekadar trend pelik di media sosial.

Menurut salah seorang pengguna, individu berkenaan berkemungkinan sedang menguji fungsi rakaman video pada telefon Android yang mampu menstabilkan dan mengekalkan kedudukan video walaupun telefon berpusing.

Ada juga yang mengaitkannya dengan ciri Horizontal Lock pada telefon pintar Samsung.

telefon

Fungsi ini sememangnya menarik kerana ia direka untuk memastikan rakaman video kekal dalam orientasi mendatar walaupun telefon dipusing atau mengalami pergerakan.

Jadi, boleh bayangkan jika telefon berada pada tayar yang berpusing. Secara logiknya, rakaman sepatutnya ikut berpusing sekali, kan?

Topik Berkaitan Demi Hadapi Cuaca Panas Melampau, Samsung Lancarkan AI WindFree Pro Terbaru!

Tetapi dengan teknologi penstabilan tertentu, hasil akhirnya boleh kelihatan jauh lebih stabil dan “straight”. Sebab itu ramai yang mungkin melihat aksi tersebut sebagai satu eksperimen untuk menguji sejauh mana teknologi kamera telefon mampu bertahan dalam keadaan pergerakan ekstrem.

Trend Baharu Atau Sekadar Eksperimen?

Setakat ini, masih belum jelas sama ada aksi telefon atas tayar tersebut merupakan trend yang sedang tular atau sekadar eksperimen individu untuk menghasilkan kandungan unik.

Namun satu perkara yang pasti, teknologi kamera telefon pintar sekarang memang semakin “gila”. Apa yang dulu memerlukan peralatan khas, kini boleh diuji menggunakan telefon di tangan.

Cuma MURAI nak pesan, jangan pula terus cuba aksi sama semata-mata nak kejar content. Telefon jatuh mungkin boleh beli baru, tetapi risiko kepada keselamatan pengguna jalan raya bukan sesuatu yang boleh dibuat main.

Jadi, kalau anda nampak video seperti ini lagi selepas ini, mungkin anda sudah tahu… ia bukan semestinya sekadar aksi pelik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
samsung
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

KLCC Bakal ‘Tenggelam’? Projek Baharu Ini Cetus Perdebatan, Ramai Tak Puas Hati

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Pemandangan Menara Berkembar Petronas atau KLCC sememangnya antara imej paling ikonik apabila bercakap tentang Kuala Lumpur. Namun, kemunculan sebuah projek...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Ramai Kagum Lihat Nadia Nasimuddin Urus Keluarga & Perniagaan, Rupanya Ini Amalannya…

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Sebagai seorang ibu, usahawan dan pengarah syarikat konglomerat, kehidupan Nur Nadia SM Nasimuddin pastinya menuntut komitmen yang bukan sedikit. Namun,...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Peminat MCR Mengamuk? Tempat Duduk Tiba-Tiba Berubah Saat Akhir

by Phic ARMAN
November 19, 2026

Konsert kumpulan rock alternatif terkenal, My Chemical Romance (MCR) di Malaysia sepatutnya menjadi momen paling dinantikan peminat. Namun, menjelang persembahan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

VIDEO Gelagat Anak Kecil Dikir Barat Curi Perhatian PMX, Ramai Teruja Lihat Komen Anwar Ibrahim

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Kadang-kadang, perkara kecil yang muncul di media sosial boleh mencuri perhatian ramai. Lebih menarik apabila aksi spontan seorang kanak-kanak bukan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Isu pergaduhan rumah tangga Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Saheen, nampaknya semakin panas apabila individu yang tidak mempunyai kaitan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Insentif

9 Bantuan & Insentif Kerajaan Minggu Ini, Ada Laptop Percuma & Baucar RM1,200!

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Bukan semua insentif kerajaan datang dalam bentuk wang tunai. Ada yang menawarkan subsidi pengangkutan, komputer riba percuma, geran perniagaan malah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  4. 4

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara