Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[UNBOXING] Pandangan Pertama Samsung Galaxy S21 FE, Reka Bentuk Kemas & Premium

by Phic ARMAN
January 21, 2022
Share on Facebook

Baru-baru ini  Murai MY berpeluang membuka kotak Galaxy S21 FE, telefon pertama Samsung untuk tahun ini. Agaknya apa yang ditawarkan oleh siri FE kali ini?

Terlebih dahulu kami ingin kongsikan bahawa Samsung telah mengumumkan harganya RM2,899 untuk 128GB manakala RM3,099 untuk 256 GB.

Pandangan pertama membuka kotak,  Galaxy S21 FE dilihat begitu nipis yang dibungkus dalam kotak yang padat. Keseluruhan kotak berukuran setinggi telefon Galaxy S21 FE itu sendiri dan cukup kemas.

Apa ada dalam kotak?

Bagi model terbaru ini, Samsungmemberi; Sebiji telefon, wayar pengecas USB, pembuka kunci sim, buku manual dan kad jaminan.

Untuk keluaran Galaxy S21 FE kali ini, bahagian hadapan dan belakang dilihat begitu rata. Telefon pintar ini ternyata mudah disimpan di mana-mana permukaan apa pun, kerana ia tidak akan tergelincir tidak mudah tercalar.  Walaupun di bahagian tepi rata,  Samsung telah melengkungkan sedikit di setiap sudut tepi S21 FE.

Jadi telefon pintar ini agak selesa untuk dipegang. Panel belakang rata terletak dengan selesa pada tapak tangan anda, terdapat cengkaman mudah pada semua tepi, dan beratnya hanya 177 gram.

Reka bentuknya mengingatkan kepada Galaxy S21. Terdapar set kanta kamera yang sama di bahagian belakang dalam reka bentuk modul yang sama. Apa yang berbeza ialah kemasannya, kali ini lebih halus dan sekata. S21 FE juga lebih besar daripada S21 dan anda boleh rasai perbezaannya apabila digunakan.

Topik Berkaitan Demi Hadapi Cuaca Panas Melampau, Samsung Lancarkan AI WindFree Pro Terbaru!

Di bahagian hadapan, terdapat paparan AMOLED 6.4 inci, menempatkan kamera swafoto punch-hole di tengah. Paparan ini bersempadan dengan bezel yang sangat tipis. Butang laraskan bunyi dan butang kuasa berada di tepi kanan dan port USB Jenis-C, SIM tray dan gril pembesar suara di sudut bawah.

Itulah pandangan pertama kali tentang Galaxy S21 FE  dan nantikan review penuh dari kami selepas ini. Jika anda ingin memilikiinya, anda layak menikmati langganan pelan perlindungan Samsung Care+ bernilai RM 220 secara percuma dan e-baucar Samsung bernilai RM 350 untuk pembelian peranti wearable yang terpilih.

Dapatkan Samsung Galaxy S21 FE 5G di Samsung Experience Store, Samsung Online Store atau melalui wakil pengedar rasmi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
samsungSamsung s21 FE
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  4. 4

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

  5. 5

    Zakat Selangor Bidas Netizen Isu Azlan The Proton-Type- “Tahu Nak Buat Engagement, Tapi Biar Kena Cara’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara