Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sampai Terpaksa Buat ‘Flight Mode’! Nikki Palikat Terharu Nama Trending Di Media Sosial

Jelas Nikki, selepas ini juga dia akan terus aktif dan mewarnai industri seni.

by Khai Azfar
January 24, 2022
Share on Facebook

Naib Juara Gegar Vaganza 8 (GV8), Nikki Palikat terkejut dan terharu selepas mendapat tahu namanya menjadi ‘trending’ di laman Twitter pada malam Ahad.

Terima Banyak Notifikasi 

via Astro/Azrul Rafie

Menurut Nikki, telefon bimbitnya menerima terlalu banyak notifikasi ketika itu sehingga terpaksa membuat telefon bimbitnya berada dalam tetapan mod penerbangan.

“Hari ini saya dapat banyak sangat notifikasi sampai terpaksa buat flight mode. Terima kasih kerana beri sokongan kepada perjalanan saya dalam GV ini. Saya pun baru tahu mengenai ini dan juga baru wujudkan akaun twitter” kata Nikki

Berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan buatnya sepanjang bersaing di dalam GV8, Nikki berkata perjalanan karier seni nya telah kembali semula. Lantaran itu, sebuah single terbaharu bakal dilancarkan tidak lama lagi sebagai hadiah buat peminat. Jelas Nikki, selepas ini juga dia akan terus aktif dan mewarnai industri seni.

via Astro/Azrul Rafie

“Perjalanan baru sahaja bermula dan saya sangat gembira kerana saya akan lancarkan sebuah single tak lama lagi dan saya pun dah selesai rakamkannya.

“Sebenarnya lagu tersebut mempunyai kisah di sebaliknya yang sangat teruja dan saya rasa semua orang akan tertunggu-tunggu mengenainya.

“Saya akan terus berada dalam industri dan ya anda akan terus melihatnya” katanya lagi

Sekadar info, dalam pusingan akhir GV8 Nikki yang menyanyikan lagu Terasing dan duet bersama Idayu mendendangkan lagu Mengapa memperoleh markah sebanyak 81.26% di belakang Aliff Aziz selaku juara. Manakala, di pusingan ‘battle’ Nikki telah bersaing bersama Suki menerusi lagu Gangnam Style. Dengan kemenangan tersebut, Nikki berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50 ribu dan trofi.

GV2021GV8Nikki Palikat
https://lomp.at/zygaj
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Foto - @shihazikir (IG)
Lokal

Shiha Zikir ‘Backup’ Noraniza Idris- “Pesan Dekat Peminat Untuk Tidak Komen Toksik”

by Nurul A.
March 13, 2026

Rasanya ramai yang tahu bahawa penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris, atau mesra disapa sebagai Kak Ani, telah menuai kecaman segelintir...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara