Thursday, February 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Cukuplah Umum Tahu Kami Dah Bercerai’ – Aishah Enggan Ulas Panjang Isu Perceraian

Biduanita negara ini enggan mengulas lanjut soal punca perceraian dan mahu jalani kehidupan dengan tenang

by Mas Ayu
February 4, 2022
Foto - Instagram @aishahjmm

Foto - Instagram @aishahjmm

122
KONGSIAN
Share on Facebook

Masih tular mengenai isu perceraian biduanita negara Datuk Wan Aishah Wan Ariffin yang digembar-gemburkan di media sosial, kini penyanyi veteran tanah air tampil beri penjelasan tentang duduk perkara sebenar di Instagram nya.

Ditanya Soal Status Diri, Aishah Akui Sudah Diceraikan

Aishah menjelaskan selepas membuat persembahan atas jemputan Berita Harian, penyanyi veteran ini bertemu dengan wartawan Berita Harian, Bobo Fahad.

Dari pertemuan itu banyak cerita dikongsi bersama Bobo, dari menyentuh soal lagu baru dan kehidupan kemudian timbul isu status diri terkini. Menjawab soal status diri, Aishah mengakui bahawa dirinya sudah diceraikan.

Foto – Instagram @aishahjmm

“Hari ini terasa sedikit goyang.. Wartawan mencari saya untuk temuramah mengenai perceraian saya. Aduuuh sakitnya masih terasa, walaupun saya nampak ok dan tersenyum. Saya cuba elak di temuramah hanya untuk bercerita tentang hal itu.

Saya cuma mahu jelaskan sedikit situasi bagaimana hal ini keluar, apabila saya dijemput oleh Berita Harian untuk buat persembahan. Dan ber semuka dengan wartawan Bobo Fahad. Banyak kami bercerita tentang lagu, kehidupan saya sekarang dan akhirnya timbul lah soalan status.

Dan saya menjawab dan mengakui yang saya sudah pun diceraikan. Saya terpaksa jawab dan menjelaskan kedudukan saya.

Ini penting untuk mengelakkan fitnah. Jadi jangan ada pihak yang tuduh-tuduh sembarangan mengatakan saya saja bercerita. Bila wartawan lain telefon untuk temuramah tentang hal itu saya katakan tak ada komen apa-apa lagi.” Tulisnya

Enggan Ulas Punca Perceraian Berlaku

Dalam muat naik penyanyi ini di Instagram nya, Aishah enggan mendedahkan punca keretakan rumahtangganya kepada orang ramai dan cukup sekadar mengetahui status terkini dirinya. Selain itu, Aishah juga mengatakan dirinya mahu menjalani kehidupan yang tenang dalam usia begini.

“Cukuplah umum tahu kami dah bercerai. Kenapa, bila, mengapa dan lain-lain tak perlulah diceritakan. Berilah kami ruang untuk teruskan fasa hidup ini dengan tenang.

Yang dah lepas tu biarkanlah ia berlalu. Terima kasih teman-teman, keluarga dan peminat yang mendoakan saya dan anak-anak.” Tulisnya lagi

Untuk rekod, penyanyi Janji Manismu ini mendirikan rumahtangga keempatnya bersama bekas suami pada tahun 2017 dan berakhir pada Disember 2021 lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: ceraiwan aishah wan ariffin
Share49Tweet31SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?
Hollywood

Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?

by Phic ARMAN
February 2, 2023
‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?
Lokal

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

by Zaidin Albert
February 2, 2023
Zizan Razak Buat Hawa Rizwana Tak Kering Gusi Di Set Penggambaran?
Selebriti

Zizan Razak Buat Hawa Rizwana Tak Kering Gusi Di Set Penggambaran?

by Mas Ayu
January 31, 2023
Video Ikhlas Jalil Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Buat Netizen Berharap?
Selebriti

Video Ikhlas Jalil Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Buat Netizen Berharap?

by Mas Ayu
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Artis Puji- ‘Meremang Bulu Roma’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan