Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Tuah Adzmi Tersingkir, Tidak Anggap Jadi Mangsa Undian Peminat

FMC Music pernah menawarkannya untuk bawakan lagu tersebut.

by Khai Azfar
February 28, 2022
Share on Facebook

Keputusan konsert minggu keempat Big Stage 2022 menyaksikan penyanyi Tuah Adzmi menjadi peserta yang ketiga tersingkir dari program realiti itu.

Tuah Kecewa Tersingkir

Biarpun mendapat markah sebanyak 62.6% lebih tinggi daripada Megat Rahim yang mendapat 54.4% daripada barisan juri, namun berdasarkan markah undian peminat, pelantun Insan Kau Cinta itu memperoleh 7.35% sekaligus menjadi markah terendah dikalangan semua peserta. Menurut Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Mohd Adzmi, dia tidak menganggap penyingkirannya itu sebagai mangsa undian peminat.

“Tak ada. Kalau ikutkan mana-mana program realiti pun sama juga. Sebelum masuk Big Stage pun kita dah tahu format dia macam mana jadi saya tak rasa terkilan atau apa sebab saya dah tahu. Kalau orang nak marah saya tersingkir, yang marah itu undi atau tidak? Undian sikit memang akan terkeluar, saya sendiri okay dan saya harap peminat pun akan okay” kata Tuah kepada Murai.my

“Pertama sekali saya akui agak kecewa sebab kalau boleh nak ada dengan kawan-kawan saya dekat sini dan kalau boleh nak semua orang ada sampai peringkat akhir. Tetapi rezeki saya dah cuba sehabis baik dan saya harap kawan-kawan saya akan teruskan perjuangan dan jangan mudah mengalah” kata Tuah kepada Murai

Pernah Ditawarkan FMC Music Popularkan Lagu Arwah Achik 

Dalam pada itu, Tuah akui agak sukar untuk bawakan lagu Malam Semakin Dingin nyanyian asal Allahyarham Achik Spin dan dipopularkan kembali oleh Tajul dan Afiq. Dedah Tuah, sebelum ini syarikat rakamannya, FMC Music pernah menawarkannya untuk bawakan lagu tersebut. Namun, Tuah menolaknya kerana menyifatkan lagu hits era 90-an itu mencabar kemampuannya.

“Lagu ini agak susah sebenarnya untuk saya bawakan. Sebelum Afieq dan Tajul keluarkan lagu ini, FMC Music iaitu label rakaman saya ada tanya saya untuk bawakan semula lagu tersebut. Tapi saya cakap saya tak berani sebab lagu itu bagi saya mencabar tetapi dekat Big Stage, saya cabar diri saya. Saya tak nak jadi Tuah yang manja. Walaupun perjuangan saya setakat ini saja tapi Insyallah saya akan perbaiki diri saya lagi pada masa akan datang” katanya lagi

Untuk rekod, 9 peserta yang mara pada minggu hadapan Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla, Tegar Septian, Syafiq Abdilah dan Ajoi Zainal akan menyanyikan lagu hits juri tetap Big Stage 2022, Dato Sri Siti Nurhaliza mengikut versi yang ditetapkan oleh Ajai. Bagi minggu ini, Sofiaa tidak dapat membuat persembahan berikutan disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri.

  1. Aisha 89.6
  2. Elica 85.8
  3. Daniel 80.2
  4. Syafiq 74.6
  5. Ajoi 67
  6. Yazmin 66.6
  7. Tegar 63.2
  8. Tuah 62.6
  9. Megat 54.4
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
big stage 2022Tuah Adzmi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara