Saturday, January 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Personaliti

Khairul Aming Peroleh RM8.6 Juta Hasil Jualan Sambal Nyet, Bakal Lancar Produk Kedua

Keuntungan terkini direkod pada 2 Mac lalu

by Khai Azfar
March 3, 2022
862
KONGSIAN
Share on Facebook

Pensohor media sosial yang juga usahawan terkenal, Khairul Aming berkongsi khabar gembira apabila berjaya meraih sebanyak RM 7.5 Juta hasil jualan produknya, Sambal Nyet.

540,000 Botol Sambal Nyer Terjual Dalam Setahun

Menurut Aming dalam sebuah bebenang ciapan yang dikongsi di laman Twitter, pendapatan tersebut hasil daripada Sambal Nyet yang berjaya dijual sebanyak 540,000 botol dalam masa setahun bermula 6 Januari tahun lalu.

Malah, keuntungan terkini yang direkod pada 2 Mac lalu, jumlah tersebut berjaya dicapai sebanyak RM 8.6 Juta bersamaan 621,800 botol Sambal Nyet.

“Dari 6 Jan 2021 ke 6 Jan 2022 kita berjaya jual dalam 540,000 botol Sambal Nyet yang bersamaan dengan jualan RM 7.5 juta. Sehingga hari ni 2 Mar 2022, jumlah ini telah naik ke 621,800 botol bersamaan dengan sales RM 8.6 Juta” dedah Aming

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

MiIiki Kilang Sendiri, Bakal Lancar Produk Kedua 

Serentak dengan itu, Aming turut berkata dia kini memiliki kilang sendiri berkeluasan 14,000 kaki persegi di Kota Bharu, Kelantan dan bakal beroperasi tidak lama lagi selepas mendapat semua kelulusan yang diperlukan daripada pihak berwajib.

” FYI kilang ni belum lagi 100% complete. Kita masih lagi tengah buat finishing macam painting, wiring, labelling etc. Sebelum mula renovation kita memang dah in touch dengan MeSTI untuk inspection nanti. And our hope is to get MeSTI and Halal certificate dalam tahun ini” katanya

Dalam bebenang yang sama, figura yang memiliki 3.3 juta pengikut di Instagram berkongsi segala perihal yang berlaku dalam memastikan impiannya untuk membuka kilang sendiri terlaksana.

“Bermula dengan R&D memasak di rumah, ke lot kedai dan ke kilang seluas 14,000 sqft ni, banyak benda yang aku belajar.

“Mula-mula berat hati nak bina kilang sendiri sebab ramai suggest untuk hire OEM untuk buat produk. Tapi sebab aku nak belajar A-Z, ini risiko yang kena ambil.

“Sepanjang setengah tahun yang lepas macam-macam silap aku buat. Ada tersilap beli mesin, tersilap beli material, tersilap design layout etc.

“Tapi dari situ la kita belajar. Selepas spend lebih dari 1 juta ringgit, ini kilang yang beroperasi pada hari ini,” katanya lagi

Selepas genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, alhamdulillah kita berjaya cecah jualan RM 7.5 juta ringgit. Sekarang kilang sambal nyet seluas 14,000 sqft telah pun siap renovation and finally ready untuk aku tunjuk kat korang. Welcome guys to our first Townhall🙇‍♂️🙏🏻 [Thread] : pic.twitter.com/lksN7rojzS

— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022

Di kesempatan itu, Aming berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan terhadapnya dalam mengecapi kejayaan hari ini. Malah, Aming juga teruja untuk melancarkan produk keduanya kelak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Khairul Amingsambal nyet
Share345Tweet216SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Nurul Izzah Kenang Kehilangan Anaknya, Ahli Politik & Netizen Titip Ucapan- “InsyaAllah Ada Rezeki Nanti”
Personaliti

Nurul Izzah Kenang Kehilangan Anaknya, Ahli Politik & Netizen Titip Ucapan- “InsyaAllah Ada Rezeki Nanti”

by Phic ARMAN
January 25, 2023
Tanda-Tanda Lelaki Suka Kita, Psst… Ini Fakta Ye!
missmurai

Tanda-Tanda Lelaki Suka Kita, Psst… Ini Fakta Ye!

by Soph Azz
January 20, 2023
Bukan Wanita Saja, Lelaki Pun Ada ‘Period’. Ini Tanda-Tandanya…
missmurai

Bukan Wanita Saja, Lelaki Pun Ada ‘Period’. Ini Tanda-Tandanya…

by Soph Azz
January 19, 2023
Individu Zodiak Ini Paling Suka Menikmati Waktu Bersendirian. Kamu Setuju Tak?
missmurai

Individu Zodiak Ini Paling Suka Menikmati Waktu Bersendirian. Kamu Setuju Tak?

by Lisa Ghani
January 18, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    “Muka Klasik Je Masing-Masing”- Netizen Terpegun Lihat Foto Keluarga Que Haidar?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan