Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

[VIDEO] Diva AA Sebak Terkenangkan Arwah Maya Matahari & Siti Sarah

Dia akui sensitif dengan perihal melibatkan kematian

by Khai Azfar
March 4, 2022
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengacara sensasi Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA gagal menahan perasaan sebak ketika sesi rakaman Mic On! musim kedua.

Mudah Tersentuh Melibatkan Perihal Kematian 

Diva AA dilihat mengalirkan air mata ketika lagu Matahari dendangan asal Allahyarhamah Maya Ruslee diperdengarkan kepada peserta yang akan menyanyikan lagu tersebut kelak. Menurut Diva AA, dia akui sensitif dengan perihal melibatkan kematian kerana ramai rakan-rakannya telah menghadap Ilahi.

Malah, persahabatan yang sekian lama terjalin dengan Arwah Maya serta pemergian penyanyi popular, Allahyarhamah Siti Sarah yang meninggal dunia di usia muda akibat jangkitan COVID-19 membuatkan dia lebih tersentuh.

“Bila melibatkan kematian ini, saya lalui banyak pengalaman kawan baik saya dah tak ada. Saya sebak sebab sebagai contoh arwah Maya. Saya banyak bekerja dengan dia sebelum ini dan bila dia meninggal saya tak dapat pergi kerana sibuk dengan kerja.

“Kebanyakan kenalan rapat saya telah meninggal dunia apatah lagi sekarang musim Covid-19. Mereka dah tak ada dan tidak dapat lihat pencapaian saya pada hari ini.

“Saya sedih sebab rata-rata yang meninggal lebih muda dari saya sebagai contoh Arwah Siti Sarah dan Maya. Kita terpaksa menerima hakikat yang mereka sudah tiada dan sedih juga bila mengimbas kembali kenangan bersama mereka”- luah Diva AA sebak

Terus Diberi Kepercayaan 

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Dalam pada itu, Diva AA yang semakin ‘galak’ mendapat pelbagai tawaran meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kepercayaan untuk menggemudi beberapa program Televisyen.

“Saya dah lalui macam-macam. Penghinaan, tak ada kerja dan sebagainya. Saya tak ada kerja sebab saya Yang membawa diri ke London. Orang tak faham saya bawa diri kerana waktu itu saya kecewa dengan Malaysia. Tetapi kebelakangan ini rezeki itu datang dan saya kerja balik” katanya

Diva AA ditemui Murai.my pada sesi rakaman program Mic On! yang disiarkan di Awesome TV di sini. Sekadar info, Diva AA bergandingan bersama Issey Fazlisham selaku hos manakala tiga pelawak verstail; Ropie, Fad Bocey dan Ajak dilantik sebagai ‘Manager’ kepada peserta dan kumpulan masing-masing.

Mic On! bersiaran setiap Jumaat jam 9 malam di Awesome TV; (Astro 123) dan (MyTV 112)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Diva AA
Share30Tweet19SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”
Gossip

[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”

by Naddy Joe
January 31, 2023
Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?
Gossip

Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?

by Naddy Joe
January 31, 2023
Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa
Gossip

Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa

by Naddy Joe
January 31, 2023
Suami Fatin Afeefa Dikritik Netizen Selepas ‘Riak’ Dengan ‘Gift’ Di TikTok?
Gossip

Suami Fatin Afeefa Dikritik Netizen Selepas ‘Riak’ Dengan ‘Gift’ Di TikTok?

by Naddy Joe
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  3. 3

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan